Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes tahanan rumah Najib: NGO gesa prosiding mahkamah terbuka

    Kes tahanan rumah Najib: NGO gesa prosiding mahkamah terbuka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Prosiding untuk permohonan bekas perdana Menteri Najib Razak menghabiskan baki pemenjaraan di rumah sepatutnya diadakan di mahkamah terbuka, kata kumpulan NGO.

    Pendirian itu dinyatakan oleh Bersih dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) selepas mahkamah semalam membenarkan permohonan perbicaraan dalam kamar, sekali gus menyebabkan media dan orang awam tidak dapat mengikutinya.

    Bersih berkata kes perlu berjalan secara terbuka dan telus memandangkan ia membabitkan individu berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan umum serta dana awam.

    “Perbicaraan kes berprofil tinggi sebegini harus dilihat telus dan terbuka kerana orang ramai berhak mengetahui kedudukan sebenar perjalanan kes yang sedang dibicarakan. 

    “Namun jika tidak, ia akan menimbulkan persepsi dua darjat yang boleh menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan dan institusi keadilan negara kita,” kata jawatankuasa pemandunya.

    Kumpulan pendesak itu juga berkata timbalan pendakwa raya (DPP) juga perlu membuat penjelasan kepada orang ramai alasan yang munasabah kenapa mereka tidak membantah permohonan itu.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan perbicaraan dalam kamar dalam kes semakan kehakiman itu, menyebabkan media dan orang awam tidak dapat mengikutinya.

    Hakim Amarjeet Singh membenarkan permohonan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah agar prosiding terbuka permohonan ditukar ke perbicaraan di dalam kamar.

    Difahamkan prosiding semalam melibatkan pemfailan mahkamah yang sensitif.

    Jangan diselubungi rahsia – CIJ

    Sementara itu, CIJ pula menyatakan kebimbangannya terhadap keputusan semalam yang antaranya menutup ruang liputan daripada pihak media.

    “Ketika kita menghormati kuasa badan kehakiman dan proses undang-undang, ia tidak boleh dilihat melemahkan prinsip-prinsip demokrasi.

    “Usaha Najib mendapatkan tahanan rumah untuk baki pemenjaraannya melibatkan kepentingan awam. 

    “Dan tonggak utama demokrasi mengenai proses undang-undang yang telus dan tidak diselubungi rahsia,” katanya.

    ALSO READ:  ‘Kes ugutan bakar kilang pembekal stoking masih dalam siasatan’

    Najib yang juga bekas presiden Umno memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan “titah tambahan” Yang di-Pertuan Agong.

    Dia mendakwa terdapat titah tambahan selain keputusan baginda mengurangkan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta terhadapnya.

    Setakat ini, di pihak kerajaan, hanya timbalan perdana Menteri Zahid Hamidi yang menyokong dakwaan wujudnya titah tambahan itu, walaupun terdapat beberapa fakta didakwa silap.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts