Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes tipu perniagaan: Trump diarah bayar denda AS$ 355 juta

    Kes tipu perniagaan: Trump diarah bayar denda AS$ 355 juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan organisasi perniagaannya diarah membayar penalti sebanyak US$355 juta pada Jumaat membabitkan kes penipuan perniagaan yang dikemukakan oleh Peguam Negara New York Letitia James , lapor Xinhua.

    Trump dan entitinya didakwa menyerahkan data kewangan palsu kepada akauntan bagi membolehkan pinjaman lebih banyak dan pada kadar lebih rendah, menurut hakim Mahkamah Agung New York County Arthur F. Engoron.

    “…Defendan gagal menerima tanggungjawab atau mengenakan kawalan dalaman untuk memastikan perkara itu tidak berulang pada masa akan datang,” kata Engoron merujuk ringkasan dokumen 92 muka surat.

    Selain Trump; Allen Weisselberg, bekas ketua pegawai kewangan Organisasi Trump dan Jeffrey McConney, bekas pengawal Organisasi Trump, dilarang daripada berkhidmat sebagai pegawai atau pengarah dalam mana-mana perbadanan atau entiti undang-undang lain di New York selama tiga tahun.

    Weisselberg dan McConney, dilarang secara kekal daripada berkhidmat dalam institusi kewangan di mana-mana perbadanan New York atau entiti perniagaan yang serupa di Negeri itu.

    Sementara itu, Weisselberg, Donald Trump Jr dan Eric Trump masing-masing didenda US$1 juta, US$4.01 juta dan US$4.01 juta.

    Eric dan Trump Jr mengkritik penghakiman itu dan peguam Donald Trump, Chris Kise bercadang untuk mengemukakan rayuan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts