Polis telah membuka kertas siasatan berhubung ugutan terhadap syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan.
“Ada kita buka kertas siasatan, semua yang melibatkan isu 3R ini khususnya kepada kes KK Mart inilah, kita buka (kertas siasatan).
“Tapi kertas siasatan masih belum lengkap,” katanya pada sidang media Bukit Aman, hari ini.