Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes Zayn Rayyan: Polis ambil 228 DNA penduduk pangsapuri

    Kes Zayn Rayyan: Polis ambil 228 DNA penduduk pangsapuri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah melaksanakan pengambilan sejumlah 228 ujian asid deoksiribonukleik (DNA) penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya, Selangor bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengatakan operasi besar-besaran melibatkan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan pengambilan DNA penduduk di apartmen tersebut telah bermula semalam dan akan diteruskan sehingga hari ini.

    “Setakat pagi tadi sebanyak 5,628 orang dan 2,484 unit rumah telah diperiksa. Ia melibatkan 18 blok di apartmen tersebut.

    “Keadaan cuaca hujan (sebelah pagi) memang memperlahankan operasi pencarian dan proses untuk mendapatkan bukti kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Dia berkata operasi itu melibatkan 188 anggota lain-lain pangkat dan 90 pegawai daripada pelbagai unit PDRM.

    Sementara itu, semasa tinjauan Bernama di apartmen itu hari ini kelihatan polis menggunakan dua ekor anjing Unit Pengesan (K9) iaitu Ricks dan Gucci dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA untuk memeriksa sebuah stor dan rumah-rumah berdekatan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

    Zayn Rayyan, umur 6 tahun, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman.

    Dalam pada itu, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, ketika ditemui di kediaman ibu bapa Zayn Rayyan hari ini menolak kematian cucu sulungnya itu disebabkan dendam.

    Menurut Zahari, anak lelakinya Zaim Ikhwan dan menantunya, Ismanira Abdul Manaf baru sahaja menetap di Apartmen Idaman sekitar tiga tahun lepas.

    “Rutin harian mereka pergi kerja balik kerja, hanya jiran depan rumah sahaja yang kenal dan mereka tidak berdendam dengan sesiapa,” katanya.

    ALSO READ:  Isu pembekuan pekerja asing: Kenyataan Menteri bercanggah

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts