Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes Zayn Rayyan: Tawaran ganjaran tak ganggu siasatan - IGP

    Kes Zayn Rayyan: Tawaran ganjaran tak ganggu siasatan – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ganjaran RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak mengganggu siasatan kes berkenaan.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ganjaran itu adalah usaha badan bukan kerajaan terbabit, sekali gus memberi ihsan terhadap keluarga kanak-kanak itu.

    Mengulas jika terdapat individu tertentu mengambil kesempatan atas ganjaran ditawarkan, Razarudin berkata polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara berkenaan setakat ini.

    Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas meninjau aliran trafik dari udara susulan cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut esok.

    Pada Selasa lepas, Timbalan Pengerusi MCPF Selangor Datuk Seri A Thaiveegan dilapor berkata ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha memastikan individu terlibat dalam kes terbabit dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

    Pada 5 Dis tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di Petaling Jaya sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

    Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bezah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts