Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kesan pembebasan Zahid dapat diketahui melalui PRK hari ini'

    ‘Kesan pembebasan Zahid dapat diketahui melalui PRK hari ini’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi parlimen Pulai dan DUN Simpang Jerai akan memberi gambaran lebih jelas mengenai reaksi rakyat berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Chang Lih Kang berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan DNAA yang dipohon oleh Pejabat Peguam Negara dalam kes Zahid pada 4 Sept lalu.

    “Kesan kes Zahid, hari ini kita akan tahu.

    “Keputusan PRK di Pulai dan Simpang Jeram akan memberi gambaran lebih jelas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ke upacara penutup majlis InnoEx 2023, di Cyberjaya, hari ini.

    DNAA membuka kemungkinan Zahid boleh didakwa semula pada masa hadapan jika pihak pendakwa ingin menyemak semula perkara itu.

    Pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil termasuk badan peguam bagaimanapun mengkritik tindakan pendakwa raya di bawah Jabatan Peguam Negara memohon DNAA terhadap kes berkenaan.

    Beberapa penganalisis politik berpendapat keputusan itu bakal memberi kesan terhadap peluang PH untuk memenangi PRK Pulai dan Simpang Jeram yang diadakan hari ini.

    Sementara itu, Chan yang juga Naib Presiden PKR berkata adalah terlalu awal untuk merumuskan agenda reformasi yang dilaungkan PH sebelum ini sudah mati.

    Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata keputusan kes Zahid menunjukkan gerakan reformasi yang dicetuskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 sudah berakhir.

    “Kerajaan ini masih muda. Jadi, ada yang belum dilaksanakan, (seperti yang dijanji dalam reformasi).

    “Jadi beri masa dulu. Lepas tamat satu penggal baru boleh menilai. Saya rasa terlalu awal untuk mendakwa agenda reformasi sudah mati,” kata Chang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts