Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKeselamatan balai polis, sempadan negara dipertingkat

    Keselamatan balai polis, sempadan negara dipertingkat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam.

    Di SELANGOR, Ketua Polis Datuk Hussein Omar Khan berkata pegawai dan anggota di lapangan juga kini berada pada tahap kewaspadaan tinggi terutama mereka yang bekerja pada syif luar waktu pejabat.

    “Kawalan di balai-balai polis memang sentiasa dilaksanakan dan ada prosedur kawalan keselamatan cuma kadang-kadang kewaspadaan mungkin kurang sebab kita nak wujudkan suasana mesra pelanggan.

    “Jadi selepas ini kita akan memperketat dan kemaskan lagi pemeriksaan untuk sesiapa yang masuk ke balai terutama pada waktu malam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata walaupun langkah itu mungkin mendatangkan kesulitan kepada orang awam berurusan di balai polis selepas waktu pejabat, namun pihaknya memberi jaminan suasana mesra pelanggan tetap diterapkan tetapi pada masa sama memastikan keselamatan anggota dan pegawai bertugas terjamin.

    Di KELANTAN, Ketua Polis Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua 10 buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), 57 buah balai dan 27 pondok polis di Negeri itu telah diarahkan agar memperkemaskan sistem pertahanan sedia ada bagi memastikan kesiapsiagaan anggota.

    “Persekitaran balai dan pondok polis termasuk di daerah-daerah bersempadan dengan Thailand juga akan dipertingkatkan tahap kesiapsiagaan,” katanya.

    Menurutnya, ia termasuk sistem pencahayaan yang lebih terang agar mudah mengawasi sebarang pergerakan mencurigakan, selain memastikan Kompleks Perumahan Polis di Negeri itu sentiasa dalam keadaan selamat.

    Di KEDAH, Ketua Polis Datuk Fisol Salleh berkata tahap keselamatan anggota dan pegawainya merupakan penekanan yang dititikberatkan sejak mula menggalas tugas sebagai Ketua Polis Kedah pada Jun tahun lepas.

    ALSO READ:  Naccol cadang naik harga lantai belian padi, subsidi tambahan pesawah

    “Penekanan keselamatan ini termasuk terhadap individu dan tempat mereka bertugas…anggota baharu juga memang sudah sedia diberi latihan semasa awal kemasukan mereka dahulu tetapi kita mantapkan lagi latihan mereka supaya tahu apa yang perlu dibuat sekiranya berdepan dengan situasi membahayakan keselamatan mereka,” katanya.

    Katanya, tahap keselamatan di sempadan juga diberi penekanan termasuk agensi-agensi penguat kuasa yang lain bagi memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti jenayah.

    Di SARAWAK, semua Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) serta Ketua Polis Daerah diarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta pertahanan balai-balai polis di seluruh Negeri itu.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata mereka juga diminta untuk merancang pelan kawalan keselamatan yang lebih teliti.

    “Saya juga sudah meminta mereka untuk memantau elemen-elemen yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas di kawasan masing-masing,” katanya kepada Bernama.

    Di Lahad Datu, SABAH, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos berkata tiada ancaman keselamatan dikesan pada masa ini di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

    “Sempadan kita di kawasan Timur (Sabah) selamat dan dalam situasi yang baik,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts