Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKeselamatan, kerahsiaan maklumat Padu terjamin dari kebocoran

    Keselamatan, kerahsiaan maklumat Padu terjamin dari kebocoran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) adalah terjamin daripada kebocoran hingga kini, yang diselenggara sepenuhnya oleh agensi Jabatan Digital Negara (JDN) iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, Padu melalui Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.

    “Saya menyeru semua mengambil peluang untuk membuat pengemaskinian Padu dan tidak menunggu saat akhir. Maklumat Padu ini akan membantu kerajaan membuat peranancangan program masa hadapan,” katanya dalam kenyataan media pada lawatannya ke kaunter Padu di Masjid Al Masyhoor Padang Siding di Arau semalam.

    Sementara itu, Mohd Uzir memaklumkan secara kumulatif sebanyak 1,006 kaunter fizikal Padu telah dibuka di Perlis termasuk program bersama komuniti serta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dari 2 Jan lepas hingga semalam.

    “Selain itu, ada juga pembukaan kaunter bergerak di 101 masjid di Negeri ini terutamanya pada setiap Jumaat,” katanya yang turut memberitahu pendaftaran Padu di Perlis meningkat kepada 0.08 juta orang setakat kelmarin.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts