Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKeselamatan negara di tahap terbaik walau dibayangi insiden keganasan

    Keselamatan negara di tahap terbaik walau dibayangi insiden keganasan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun terdapat beberapa insiden yang kurang ‘enak’ berlaku di dalam negara antaranya serangan dan ancaman terhadap balai polis serta lokasi sensitif baru-baru ini, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan aspek keselamatan negara yang kini berada pada tahap terbaik.

    Situasi ini sudah tentu adalah hasil kecekapan pasukan keselamatan negara sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia apabila menduduki tangga ke-19 Indeks Keamanan Dunia dengan 1.513 mata daripada 163 negara di dunia.

    Ini sekali gus meletakkan negara di tempat kedua dalam kalangan negara Asia Tenggara di belakang Singapura yang berada di tempat pertama dan keenam di dunia.

    Tidak hairanlah, keamanan dan kemakmuran negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama terus menjadi tarikan utama pelancong untuk melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara ini dengan rekod kedatangan pelancong sebanyak 5.8 juta untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

    Keyakinan pelancong untuk kekal memilih Malaysia sebagai detinasi percutian dijangka berterusan malah penganalisis jenayah Shahul Hamid Abdul Rahim berkata tanggapan keselamatan negara pada tahap membimbangkan susulan insiden tersebut tidak seharusnya timbul kerana ia tidak dilakukan oleh kumpulan terancang.

    “Mengambil contoh kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor pada Jumaat lepas yang mengorbankan dua anggota polis telah disahkan dilakukan secara bersendirian oleh suspek, manakala cubaan menceroboh Istana Negara dan cubaan merampas senjata api daripada anggota polis yang mengawal Balai Polis Jalan Dato Keramat di Pulau Pinang dilakukan oleh individu yang langsung tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

    “Malah (dalam kes) suspek yang cuba merampas senjata api di Pulau Pinang itu dilakukan oleh seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    ALSO READ:  Apec harus tetapkan gaji minimum - Miti

    Beliau berkata, masyarakat perlu menaruh keyakinan dengan kecekapan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan insiden berkenaan serta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan keselamatan negara yang diperoleh melalui media sosial dan sumber tidak sah.

    Jelasnya, maklumat-maklumat yang tidak sah dan spekulasi inilah sebenarnya yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat dan pelancong terhadap keselamatan negara walaupun situasi sebenarnya tidak sebegitu.

    Oleh itu katanya, orang ramai dan pelancong tidak perlu takut untuk menjalankan aktiviti harian atau berkunjung ke lokasi tumpuan ramai kerana pihak berkuasa sentiasa berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi dalam menjalankan tugas mereka.

    Sementara itu, Penganalisis Keselamatan dan Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, keselamatan negara berada pada tahap terbaik dengan disokong oleh undang-undang sedia ada dalam memastikan keamanan negara tidak diganggu-gugat.

    “Undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 memberikan kuasa pencegahan kepada pihak berkuasa untuk mengelakkan sesuatu perkara yang mengancam ketenteraman awam daripada berleluasa,” katanya.

    Keyakinan itu diperkuatkan lagi dengan jaminan PDRM yang memperketatkan kawalan keselamatan tertinggi di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam dan fasiliti berkepentingan.

    Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengarahkan semua kepimpinan serta petugas di lapangan mengambil langkah komprehensif mematuhi pekeliling, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan arahan semasa yang telah dikeluarkan PDRM.

    “PDRM tidak bertolak ansur kepada anasir yang cuba mengancam keselamatan dan mengganggu-gugat ketenteraman awam. PDRM memberi jaminan keselamatan awam, negara berada pada tahap selamat,” katanya dalam kenyataan semalam.

    ALSO READ:  Banjir kilat: 166 penduduk dipindah ke 4 PPS di Kedah

    Jumaat lepas, dua anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, terkorban manakala seorang lagi cedera selepas diserang seorang penceroboh di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

    Berikutan itu, polis menahan tujuh orang, termasuk lima ahli keluarga suspek yang mati ditembak dalam kejadian tersebut.

    Bagaimanapun, polis mengesahkan dua pelajar yang ditahan dalam insiden berkenaan dibebaskan tanpa syarat, semalam.

    Pada Jumaat lepas juga, dua lelaki berumur 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara ditahan di Pintu 3 Istana Negara kerana cuba menceroboh, manakala Ahad lepas polis mengesahkan menerima laporan daripada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung sepucuk surat amaran dan ugutan yang diterimanya pada Sabtu lepas.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, PDRM sedang menyiasat sama ada insiden-insiden yang berlaku baru-baru ini adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts