Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKesilapan besar jika Israel rampas bumi Gaza, kata Biden

    Kesilapan besar jika Israel rampas bumi Gaza, kata Biden

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengaku bahawa akan menjadi sebuah kesilapan besar sekiranya Israel bertindak untuk merampas Semenanjung Gaza.

    Dalam temu bual dengan “60 Minit” CBS pada Ahad, Biden menyatakan bahawa Hamas dan unsur-unsur ekstrem Hamas tidak mewakili semua rakyat Palestin.

    “Saya fikir itu akan menjadi sebuah kesilapan besar. Hamas tidak mewakili semua rakyat Palestin. Namun, serangan dan mengusir pelampau adalah sebuah keperluan,” kata beliau ketika ditanya jika dia menyokong tindakan sekutu AS untuk merampas Gaza.

    Israel telah memberikan isyarat bahawa mereka sedang bersiap untuk bertindak selepas Hamas mengaktifkan Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober lalu.

    Serangan itu telah menyebabkan lebih 1,400 orang terkorban, manakala tindak balas rejim Yahudi itu pula telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,670 penduduk di Gaza terbunuh.

    Susulan daripada itu, lebih sejuta penduduk di utara Gaza juga diberikan amaran supaya bergerak ke selatan.

    Biden semasa temu bual tersebut juga bersetuju bahawa Hamas, yang beliau sebut sebagai kumpulan pengecut, perlu dihapuskan sepenuhnya.

    “Ya, saya setuju tetapi ada keperluan akan pihak berkuasa Palestin dan jalan kearah negara Palestin,” kata beliau ketika ditanya jika Hamas perlu dihapuskan sepenuhnya.

    Biden juga mengulangi gesaan AS bagi penyelesaian dua negara. Ketika ditanya sama ada tentera AS akan menyertai peranang itu, beliau bagaimanapun berkata bahawa pihaknya tidak melihat ada keperluan dalam hal itu.

    “Saya rasa itu tidak perlu kerana Israel mempunyai pasukan tentera terbaik. Saya memberikan jaminan bahawa kami akan menyediakan segala yang mereka perlukan,” katanya.

    Biden juga menggesa supaya orang awam dilindungi dan memberi jaminan bahawa AS akan berusaha untuk membantu mengurangkan masalah kekurangan makanan, air dan bekalan gas.

    ALSO READ:  Sanusi: Anwar bawa hartawan Indonesia ke Kedah urusan REE

    AS sebelum ini telah mengerahkan dua buah kapal pengangkut yang membawa pesawat ke timur Mediterranean sebagai tanda sokongan kepada Israel.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts