Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKetua bahagian Bersatu calon PN di Kuala Kubu Bharu

    Ketua bahagian Bersatu calon PN di Kuala Kubu Bharu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional bagi PRK Kuala Kubu Bharu.

    Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon yang diadakan di Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Bharu awal malam ini.

    “Kita adakan Mesyuarat majlis tertinggi beberapa hari lepas, kita bincang mengenai calon PN dengan lebih terperinci apakah langkah strategik untuk menang di sini.

    “Dengan ini saya umumkan keputusan majlis tertinggi PN calon yang bertanding di KKB adalah Khairul Azhari Saut.

    “Kalau kamu nak anak tempatan inilah anak tempatan,” katanya sebentar tadi.

    Khairul akan berdepan Pang Sock Tao dari PH, yang merupakan pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

    Selain PN dan PH, Muda dan PSM juga menyatakan minat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu tetapi masih belum membuat keputusan sama ada akan meletakkan calon atau sebaliknya.

    Khairul Azhari mengambil alih kepimpinan Bersatu bahagian Kuala Kubu Bharu selepas ketuanya Md Anuar Mohd Nor keluar parti ketika pilihan raya Negeri Selangor tahun lepas.

    Pengumuman itu menamatkan spekulasi bahawa Gerakan akan menampilkan calonnya mewakili PN.

    Ini selepas Presiden Gerakan Dominic Lau minggu lalu berkata parti itu akan bertanding dalam PRK berkenaan.

    Gerakan dikatakan berhasrat meletakkan Muniraa Abu Bakar, yang tewas dalam pertandingan di kerusi DUN Bukit Lanjan kepada calon PH pada pilihan raya Negeri tahun lepas.

    Kuala Kubu Bharu merupakan kawasan pilihan raya campuran, dengan 46 peratus terdiri daripada pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina, 18 peratus pengundi India, dan enam peratus lain-lain kaum.

    ALSO READ:  Ecuador captures leader from Los Lobos gang

    PRK yang dijadualkan pada 11 Mei ini diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong (PH/DAP), yang menyandang kerusi itu sejak 2013.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts