Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKetua PBB sedih kematian kakitangan di Gaza

    Ketua PBB sedih kematian kakitangan di Gaza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berasa amat sedih dengan kematian seorang kakitangan Jabatan Keselamatan PBB (DSS) serta kecederaan kepada seorang lagi anggota agensi itu dalam satu serangan di Gaza, menurut timbalan jurucakapnya pada Isnin, lapor Xinhua.

    Timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq berkata insiden itu berlaku pada pagi Isnin apabila kenderaan mereka yang bertanda PBB diserang semasa dalam perjalanan ke Hospital Eropah di Rafah.

    “Setiausaha agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh. Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota kakitangan yang terkorban,” katanya.

    Menurut Haq, dengan konflik di Gaza bukan sahaja menjejaskan orang awam tetapi juga pekerja kemanusiaan, Setiausaha Agung mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata kemanusiaan segera di wilayah itu.

    Beliau berkata nama dan kewarganegaraan kakitangan DSS yang terbunuh dan cedera masih dirahsiakan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang dalam proses memaklumkan kepada kerajaan yang berkenaan dan ahli keluarga yang terlibat.

    Anggota DSS tersebut merupakan kakitangan antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pertama terbunuh di Gaza sejak 7 Okt 2023.

    Konflik itu setakat ini mengakibatkan kira-kira 190 kakitangan PBB Palestin terbunuh.

    Beliau menyatakan bahawa badan dunia itu sedang berusaha mendapatkan butiran insiden berkenaan

    Bernama-Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts