Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKetua PBB seru henti konflik susulan pembunuhan Saleh Arouri

    Ketua PBB seru henti konflik susulan pembunuhan Saleh Arouri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyeru semua pihak menghentikan sebarang tindakan yang akan meningkatkan konflik ekoran pembunuhan timbalan ketua kumpulan Hamas, Saleh Arouri di Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

    “Setiausaha Agung menggesa semua pihak menghentikan sebarang tindakan dan mengambil langkah segera meredakan ketegangan di rantau itu,” kata jurucakap PBB, Florencia Soto Nino pada sidang media.

    PBB merayu kepada semua anggota masyarakat antarabangsa untuk melakukan segala yang terdaya bagi mencegah peningkatan konflik, kata Nino.

    “Kami tidak mahu sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya,” kata beliau.

    Arouri dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas pejabat Hamas di Mecherfeh, selatan Beirut.

    Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan itu.

    Kumpulan Palestin itu mengesahkan Arouri dan dua komander sayap Briged Qassam maut dalam serangan terbabit.

    Arouri perupakan pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh Israel sejak tercetusnya konflik 7 Okt lepas di Gaza.

    Sekurang-kurangnya 22,185 rakyat Palestin telah terbunuh dan 57,035 cedera setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts