Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKetua Pesuruhjaya SPRM sahkan disaman Daim

    Ketua Pesuruhjaya SPRM sahkan disaman Daim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan beliau menerima saman daripada bekas Menteri kewangan, Daim Zainuddin.

    Beliau menyatakan bahawa surat tuntutan saman yang difailkan oleh bekas bendahari Umno itu antara lain menyatakan mengenai tindakan SPRM yang didakwa tidak mengikut prosedur.

    Azam berkata demikian semasa hadir sebagai tetamu pada sesi dialog Integriti: Sejauh mana ketelusan dinilai? yang disiarkan di stesen televisyen milik kerajaan Sarawak, malam tadi.

    “Baru-baru ini saya kena saman oleh Tun Daim.

    “Daim saman saya kerana padanya tindakan ketua pesuruhjaya itu adalah salah.

    “Saya tak boleh dedahkan maklumat (mengenai tindakan saman itu) kerana kes itu sudah masuk mahkamah,” katanya.

    Peguam Daim berkata kenyataan dibuat pegawai tertinggi SPRM mengenai bekas Menteri kewangan itu sebagai tidak wajar.

    Menurut Rajesh Nagarajan, kenyataan Azam bahawa SPRM mengesyaki Daim mungkin mempunyai lebih banyak harta yang belum diisytiharkan kepada pihak berkuasa adalah sangat memudaratkan hak perlembagaan bekas Menteri kanan itu untuk mendapat perbicaraan yang adil kerana kes mahkamahnya masih berjalan.

    “Selain kenyataan secara langsung, terdapat juga kebocoran yang tidak berkesudahan melalui apa yang dinamakan sebagai ‘sumber’, SPRM dan sebagainya,” kata peguam itu.

    Sehari sebelumnya, Azam berkata SPRM mungkin memanggil Daim untuk disoal siasat semula untuk membuat pengesahan mengenai harta-harta yang tak diisytiharkan. 

    Azam bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut, tetapi sumber yang rapat dengan siasatan itu menyebut antara aset lain yang disiasat ialah hartanah, saham dan akaun bank di Malaysia dan di luar negara.

    Pegawai SPRM itu berkata pegawai penyiasat memerlukan lebih banyak masa memandangkan suruhanjaya itu memerlukan bantuan daripada agensi berkaitan di luar negara.

    Seminggu sebelum itu, Daim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan hartanya. Ini meliputi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, dan dua akaun dana pelaburan.

    ALSO READ:  Tiada perancangan wajibkan pasang ‘dashcam’ bagi semua kenderaan

    Dia membuat pengakuan tidak bersalah.

    SPRM berkata mereka juga meneruskan siasatan terhadap jutawan itu atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts