Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKhaled: Melayu akan terus sokong Umno jika prestasi kerajaan baik

    Khaled: Melayu akan terus sokong Umno jika prestasi kerajaan baik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin optimis rakyat khususnya orang Melayu akan terus menyokong parti itu jika Kerajaan Perpaduan dukungan parti itu dan PH berjaya mentadbir negara dengan berkesan.

    Khaled berkata pada masa ini, masih terlalu awal untuk merumuskan yang sokongan orang Melayu terhadap Umno semakin berkurangan kerana Kerajaan Perpaduan baru setahun namun parti itu masih perlu menguruskan perkara berkaitan sokongan Melayu terhadapnya.

    “Kita memang tidak menafikan bahawa kita masih perlu mengurus perkara itu tetapi ia (orang Melayu) juga mungkin berasakan belum melihat lagi sejauh mana keberkesanan Kerajaan Perpaduan, mungkin kerana (baru) satu tahun.

    “Mungkin selepas tiga, empat tahun melihat (Kerajaan Perpaduan) tidak mengancam kedudukan orang Melayu, ia tidak menggugat agama Islam, ia kerajaan betul dapat deliver, bawa perubahan dan sebagainya, rakyat akan ubah sokong kerajaan bawa kebaikan kepada mereka,” katanya.

    Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat TVET Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Kampus Alam, Pauh Putra di Arau, Perlis hari ini.

    Turut hadir Naib Canselor Unimap Profesor Datuk Dr Zaliman Sauli.

    Pada 4 Dis lepas, media melaporkan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman menunjukkan sokongan kepada Umno merosot dan akan terus merosot selagi parti itu terus menjalin kerjasama dengan DAP.

    Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan pula dilaporkan berkata usaha mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu kepada Umno masih jauh daripada berjaya namun tidak mustahil untuk dicapai meskipun ia tugas sukar.

    Pada pilihan raya itu, PAS mengekalkan kerusi Parlimen Kemaman melalui calonnya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang meraih majoriti 37,220 setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon BN Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

    ALSO READ:  'Apa ketua sayap Umno buat untuk tarik sokongan pengundi muda?'

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts