Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKhazanah catat untung operasi RM5.9 bilion bagi 2023

    Khazanah catat untung operasi RM5.9 bilion bagi 2023

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Khazanah Nasional Bhd telah mencatatkan keuntungan operasi yang lebih tinggi iaitu RM5.9 bilion bagi tahun kewangan 2023 berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan 2022 dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu.

    Pengarah Urusan Datuk Amirul Feisal Wan Zahir menyatakan prestasi yang lebih kukuh itu didorong oleh dividen dan pengagihan yang lebih tinggi daripada syarikat penerima pelaburan, keuntungan nilai saksama dan pengekalan modal.

    “2023 merupakan tempoh mencabar bagi Khazanah dan pasaran global, dipengaruhi oleh jangkaan kadar tertinggi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), kederan daripada inflasi yang tinggi, keadaan monetari yang ketat, fokus berterusan dalam kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan lemah di China dan konflik geopolitik berterusan,” katanya semasa taklimat media mengenai Tinjauan Tahunan Khazanah 2024 di Kuala Lumpur, pada Isnin.

    Beliau menyatakan bagaimanapun, Khazanah kekal dalam keadaan yang berdaya tahan dan melaksanakan peruntukan modal yang berdisiplin untuk memberikan pulangan mampan serta melabur untuk masa depan selain menerapkan keberlanjutan operasi.

    Dana kekayaan negara itu mengumumkan dividen yang lebih baik iaitu sebanyak RM1 bilion untuk 2023 kepada kerajaan (tahun kewangan 2022: RM500 juta), menjadikan dividen kumulatif yang dibayar sejak 2004 kepada RM18.1 bilion.

    Amirul Feisal juga mengumumkan bahawa hutang Khazanah meningkat sedikit kepada RM50.2 bilion daripada RM49.1 bilion pada tahun sebelumnya dengan nisbah nilai aset boleh direalisasi (RAV) terhadap hutang kekal yang sihat pada 2.7x.

    “NAV meningkat daripada RM33 bilion pada 2004 kepada RM85 bilion pada 2023, menjadikan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 5.1 peratus, memenuhi mandat Khazanah untuk memberikan pulangan mampan kepada negara dan meningkatkan kekayaan jangka panjang Malaysia,” katanya.

    Menurut beliau, bagi tahun ini, persekitaran makroekonomi dan pasaran global dijangka akan kekal mencabar dan tidak menentu, dengan konflik geopolitik di Asia Barat, kesinambungan Perang Rusia-Ukraine, serta persaingan antara China dan Amerika Syarikat.

    ALSO READ:  Haji furada: Agensi pelancongan diperintah bayar RM634,000 pada 25 bekas pelanggan

    Selain itu, kitaran pilihan raya global yang signifikan melibatkan 76 negara yang mewakili lebih 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia akan menambahkan ketidaktentuan, katanya.

    “Dalam persekitaran ini, Khazanah akan terus berwaspada dalam aktiviti pelaburannya untuk mengekalkan daya tahan portfolio melalui kepelbagaian strategik,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts