Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKhutbah Jumaat Perak: Boikot tak selari sunnah Rasulullah

    Khutbah Jumaat Perak: Boikot tak selari sunnah Rasulullah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Teks rasmi khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hari ini menyeru umat Islam menghentikan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu.

    Memetik pandangan Mufti Perak Wan Zahidi Wan Teh, khutbah itu menyatakan bahawa tindakan boikot harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan tersebut berlawanan dengan keadilan Islam.

    “Mufti berpandangan, boikot yang dilakukan ketika ini, tidak menepati sunah baginda Rasulullah SAW dan boleh menjerumuskan kepada berlakunya kezaliman.

    “Lebih parah, apabila isu ini telah disensasikan tanpa landasan ilmu dan tanpa hujah yang benar, hingga menyemarakkan sentimen atau perasaan benci dan marah. Maka langkah menoktahi isu ini telah tersasar jauh daripada landasan keadilan Islam sejagat.

    “Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (juga) berpandangan, isu boikot harus dilihat berdasarkan neraca keadilan dan juga melihat kepada aspek maslahah dan mafsadah secara mendalam,” kata mimbar menurut teks khutbah Jumaat disediakan JAIPk, hari ini.

    Seruan itu hadir ketika kempen boikot berterusan terhadap perniagaan syarikat-syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan pihak pro-Israel.

    Khutbah tersebut turut menegaskan bahawa dalam melaksanakan prinsip keadilan, Islam menggariskan enam bidang iaitu keadilan hukuman, keadilan ekonomi, keadilan politik, keadilan masyarakat, keadilan kesihatan, dan keadilan pendidikan.

    Menurutnya, keadilan yang digariskan dalam Islam, meliputi setiap perkara, bersifat sejagat, dan melibatkan semua pihak.

    “Prinsip keadilan sejagat mempunyai kedudukan suci dalam Islam kerana bersumberkan satu daripada nama-nama Allah yang indah iaitu ‘al-‘Adl’. Ayat yang dibacakan pada awal khutbah, menekankan bahawa keadilan wajib ditegakkan terhadap semua kaum tanpa sebarang pengecualian.

    “Perintah menegakkan keadilan yang terkandung dalam surah an-Nisa ayat 58, didahului oleh perintah menyampaikan amanah kepada mereka yang berhak; membawa pengertian bahawa keadilan ialah amanah yang wajib dilakukan kepada siapa sahaja yang berhak tanpa mengira kaum,” katanya lagi.

    Mimbar turut mengambil contoh ketika berlakunya perjanjian damai ‘Hudaibiah’ pada tahun keenam Hijrah, tentera Islam yang bersama Rasulullah SAW ketika itu berjumlah 1,400 orang.

    ALSO READ:  Pengundi kembar terkejut jumpa dua Pang di KKB

    Tetapi jelasnya, selepas dua tahun perjanjian damai termeterai, ketika ‘Fathu Mekah’ jumlah tentera Islam meningkat 10,000 orang; bererti ketika suasana damai, dalam masa dua tahun sahaja, dakwah Islamiah berkembang lebih pesat berbanding dalam suasana tegang dan peranang pada tahun-tahun sebelumnya.

    “Suasana tenang dan damai, serta hubungan harmoni antara kaum yang menganut pelbagai agama diperlukan, untuk membolehkan dakwah Islamiah berkembang pesat. Al-Quran memberi panduan kepada umat Islam agar menggunakan pendekatan berhikmah dan tutur kata yang baik dalam misi dakwah.

    “Perbuatan memboikot terhadap sesuatu kaum, sebenarnya tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW,” katanya.

    Sementara itu khutbah bertajuk ‘Menghayati keadilan sejagat dalam kehidupan bernegara’ itu turut memetik analisis ekonomi yang berpandangan pendekatan boikot yang dilakukan bersifat reaktif, berasaskan emosi dan tidak menyelesaikan masalah sebenar.

    Yang pasti tambahnya, boikot akan menyebabkan perniagaan yang disasarkan, bukan sahaja mengalami penurunan jualan dan keuntungan, malah berhadapan risiko rugi.

    “Akibatnya gaji pekerja terpaksa dikurangkan, lebih malang apabila urus niaga terpaksa ditutup, pekerja hilang pekerjaan. Dilaporkan ramai pekerja dan majoritinya pekerja Islam yang terjejas susulan tindakan boikot.

    “Langkah memboikot premis jualan dan jenama tertentu, boleh memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara. Ini kerana syarikat-syarikat yang terlibat merupakan antara pembayar zakat dan cukai di Malaysia.

    “Dikhuatiri, boikot yang berasaskan emosi, tanpa peranancangan rapi, berkemungkinan turut meruntuhkan ekonomi orang Islam sendiri yang terlibat dalam rangkaian pembekalan, pengedaran, pemasaran, pengurusan, urus niaga dan pekerjaan.

    “Malah, usaha negara untuk menarik pelabur, dan kedudukan negara sebagai negara perdagangan dan destinasi pelaburan turut terjejas. Berkurangnya pelaburan, bermakna berkurang juga urus niaga, dan berkurang jugalah peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” kata mimbar.

    ALSO READ:  Iran isytihar berkabung 5 hari

    Sehubungan itu mimbar menyeru mengambil tindakan-tindakan proaktif seperti berikut:

    1) Prihatin dengan apa jua isu berkaitan Islam dan syiarnya dengan bertindak secara rasional, segera melaporkan kepada pihak berkuasa agar dapat dilakukan tindakan pembaikan, dan menghindarkan diri dipengaruhi emosi untuk bertindak secara bersendirian yang bercanggah dengan undang-undang yang bakal mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

    2) Pihak penguatkuasaan dan pemantauan, wajib bersikap tegas dan pantas mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang terhadap perkara-perkara menyentuh sensitiviti agama. Dibimbangkan kelewatan atau kelemahan tindakan oleh pihak penguatkuasaan bakal mengundang berlakunya keresahan orang awam yang boleh menyebabkan tercetus perbuatan yang menjejas ketenteraman awam.

    3) Umat Islam wajib terus berdakwah dan menampilkan wajah Islam yang indah lagi menarik ketika menjalankan kerja-kerja dakwah.

    4) Memberikan peringatan nasihat kepada bukan Islam supaya lebih sensitif terhadap agama Islam dan menghormati budaya umat Islam, demi memastikan hubungan harmoni antara agama dan kaum tidak terjejas.

    Teks penuh khutbah Jumaat disediakan JAIPk itu boleh diakses melalui pautan ini.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts