Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKini bersama Umno, mampukah DAP raih undi Melayu di Sekinchan?

    Kini bersama Umno, mampukah DAP raih undi Melayu di Sekinchan?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pada petang Ahad (6 Ogos), calon DAP Ng Suee Lim dan pasukannya melawat Kampung Sungai Leman Laut – perkampungan Melayu di Sekinchan, Selangor – untuk menghadiri sesi memasak bubur asyura. Selepas membantu mengacau periuk bubur asyura, Ng menuju ke arah meja berhampiran, tempat kira-kira 10 ahli sayap wanita Umno sedang menyediakan bahan-bahan bubur tersebut. Penduduk kampung tersebut kebanyakannya berketurunan Jawa. Ketika berbual dengan penduduk kampung itu dalam bahasa Jawa, penyandang DUN Sekinchan itu bertanya sama ada mereka pernah mengundinya dalam pilihan raya sebelum ini. Penduduk kampung menjawab dengan terus terang, “Mestilah tak, kita selalunya undi BN.” Ng menepuk meja dan ketawa; “Jujur sangat!” Dia juga bergurau bahawa jika mereka tidak mengundinya, dia akan mengadu kepada Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos.

    Ketika perbualan tersebut, datang seorang lagi ahli Umno dan mengusik Ng, “YB, kenapa berbisik-bisik kat sini, cari jodoh ke?” Kenyataannya itu menyebabkan orang lain turut ketawa dan mengusik Ng dengan panggilan bapa mertua. Bertahun lamanya, hubungan DAP dan Umno bagaikan minyak dan air, lebih-lebih lagi di Sekinchan yang sering menyaksikan penyokong kedua-dua parti tegang. Namun, selepas PRU ke-15, kedua-dua parti itu membentuk pakatan baru di bawah kerajaan pentadbiran Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri. Siapa sangka kini kedua-dua parti itu boleh menjadi akrab? Di Sekinchan, ahli sayap Umno cawangan itu mampu bergurau dengan Ng berhubung cari jodoh untuknya. Gurauan “cari jodoh untuk pemimpin DAP” itu memberi harapan kepada DAP. Mampukah parti itu memanfaatkan sokongan dari Umno, untuk menembusi lebih dalam ke kawasan majoriti Melayu itu dan meraih undi Melayu?

    ALSO READ:  Kalimah Allah: KDN tunggu hasil mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu

    Raih 10 peratus undi Melayu

    Kampung Sungai Leman Laut merupakan antara kampung Melayu Sekinchan yang pernah menjadi kubu kuat Umno, di mana kini ramai penduduk kampung telah memberikan sokongan mereka terhadap Perikatan Nasional (PN). Meskipun Ng telah menjadi Adun Sekinchan selama empat penggal, dia masih tidak mampu meraih sokongan mereka. Kwi Ai Mei, ahli pasukan kempen Ng mengeluh bahawa Ng telah bekerja keras untuk masyarakat di situ selama bertahun-tahun, namun sokongan pengundi Melayu masih rendah.

    Dia menyorot hari pengundian PRU ke-15 pada 10 bulan lalu ketika menjadi ejen kira undi dan menyaksikan “tsunami Melayu”. “Dalam satu peti undi, kita (Pakatan Harapan) hanya mendapat 30 undi, Jamal hanya mendapat 159 undi, manakala PN menang dengan 201 undi. Ramai orang kata Sekinchan kerusi selamat untuk DAP, mereka rasa selamat kerana mereka tinggal di kawasan Cina, tetapi jika mereka datang ke sini, mereka akan rasa lain,” katanya. Kwi mengeluh bahawa di sebalik usaha gigihnya mempromosikan acara memasak bubur, malah mengedarkan risalah dari rumah ke rumah, hanya sekitar 20 ahli dari kedua-dua cawangan DAP dan Umno menghadiri majlis itu. Periuk besar berisi bubur itu akhirnya dimasukkan ke dalam bekas plastik untuk diagihkan oleh ahli cawangan kepada jiran-jiran mereka.

    Cabaran untuk sepenggal lagi

    Sekinchan adalah kubu kuat DAP. Menurut Ng, ia mempunyai 51 peratus pengundi Cina dan 43 per

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts