Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kisah cinta' Anwar-Zahid bagai lilin membakar diri, kata MP Machang

    ‘Kisah cinta’ Anwar-Zahid bagai lilin membakar diri, kata MP Machang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemuda PN menganggap keakraban hubungan di antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi ibarat lilin yang membakar diri sehingga sanggup ‘berkorban’ antara satu sama lain. Menurut Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Anwar sanggup mengorbankan integriti dan agenda reformasinya semata-mata mahu menyelamatkan Ahmad Zahid. Berucap di Pentas Anak Muda PN di Bakri, Muar malam tadi timbalan ketua Pemuda PN itu berkata ada suatu “kisah cinta” yang berputik sewaktu Anwar dan Ahmad Zahid sama-sama muda dulu. Dia menyamakan ‘percintaan’ tersebut dengan antara seorang guru dengan anak muridnya.

    Ahli parlimen Machang itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan tanpa melepaskan Ahmad Zahid semalam. Timbalan perdana Menteri terbabit sebelum ini berhadapan dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan tersebut yang dikemukakan timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar. Seseorang yang dilepaskan tanpa dibebaskan masih terikat kepada kemungkinan boleh didakwa semula pada masa hadapan jika pihak AGC ingin menyemak semula perkara tersebut.

    Kata Wan Ahmad Fayshal, apa yang berlaku semalam adalah titik hitam dalam sejarah keadilan negara. Menurut ketua Pemuda Bersatu itu lagi, Ahmad Zahid berdepan dengan 47 pertuduhan di mahkamah dan dibicarakan selama empat tahun apabila seorang timbalan pendakwa raya yang terlibat dalam kes itu bersara baru-baru ini. Pasukan pendakwaan juga sudah berjaya mewujudkan prima facie bagi kes berkenaan. Justeru, Ahmad Zahid perlu mengemukakan pembelaan yang boleh membawa keraguan munasabah bagi membuktikan dia benar-benar bersih.

    Wan Ahmad Fayhsal juga mendakwa selagi Ahmad Zahid mengemudi Umno, parti itu juga akan mengikut kemahuan DAP seperti dalam isu dasar Malaysian Malaysia baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, menggesa Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail segera membetulkan kenyataannya yang menyamakan kes Ahmad Zahid dengan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin. Kata Ahmad Fadhli, Muhyiddin dibebaskan oleh keputusan hakim dalam mahkamah, manakala kes Ahmad Zahid, dia dilepaskan hasil permohonan pihak pendakwaan.

    ALSO READ:  Kempen dengan baik, tak perlu maki hamun - Anwar

    Justeru, Ahmad Fadhli yang juga ketua Pemuda PAS ‘mengisytiharkan’ bahawa agenda reformasi yang diuar-uarkan PH selama ini “telah mati”. “Berpuluh tahun reformasi dilaungkan, hari ini reformasi telah mati. “Yang mentalkinkannya, yang telah menguburkannya, yang telah mematikannya ialah orang yang mengasaskannya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts