Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKisah Ramadan orang Islam China di Malaysia

    Kisah Ramadan orang Islam China di Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ramadan adalah bulan mulia bagi umat Islam. Puasa, solat, menjaga akhlak, dan bersimpati dengan golongan kurang bernasib baik menjadi sebahagian daripada tuntutannya. 

    Kini terdapat beribu-ribu umat Islam dari China yang bekerja dan belajar di Kuala Lumpur dan mereka menganggapnya sebagai rahmat berada di negara unik ini.

    Malaysiakini bercakap dengan lima orang Islam dari China yang membandingkan suasana Ramadan di Malaysia dan China. 

    Paling ketara bezanya, bagi mereka, ialah cuaca negara ini lebih panas, banyak masjid dan makanan sedap-sedap.

    Wang Jingyi, 19, berasal dari Shaanxi dan merupakan pelajar sarjana muda di sebuah universiti awam. 

    Baru tiba di Malaysia awal tahun ini, dia perlu menyesuaikan diri dengan cuaca panas. 

    Menurutnya, umat Islam Malaysia amat mementingkan Ramadan dan mematuhi disiplin serta amalan yang perlu dijalani pada bulan mulia ini.

    Wang Jingyi

    Wang sering pergi ke masjid untuk solat berjemaah bersama umat Islam dari negara yang berbeza dan mendengar ceramah. 

    Dia berkata perbezaan besar ialah, di China, tidak begitu ramai orang beragama Islam dan tidak ada suasana seperti itu. 

    Wang juga berkata Malaysia adalah syurga makanan kerana mereka boleh makan makanan halal daripada pelbagai negara termasuk Korea, Jepun, India, Melayu, Thailand dan Barat. 

    Pelbagai pilihan masakan halal ini tidak terdapat di China, katanya. 

    Dia juga gembira kerana mendapat rakan Muslim dari Bangladesh, Türkiye, dan Arab Saudi. 

    “Kami datang dari seluruh dunia dan bertemu di Malaysia. Kami ke restoran untuk berbuka puasa bersama, ke masjid untuk solat bersama, dan menyambut Aidilfitri bersama-sama,” katanya. 

    Banyak masjid untuk solat 

    Ma Bolin, 18, seorang pelajar dari Yunnan, juga menyebut bahawa untuk menyesuaikan diri dengan suhu tinggi Malaysia merupakan cabaran awal dihadapinya. 

    ALSO READ:  Soccer-Liverpool's Jota set to play in Champions League clash despite missing training

    Mengimbau bulan Ramadannya di Yunnan sebelum ini, katanya hanya ada seorang atau dua lagi rakan Muslim sekelasnya di sekolah. 

    Maka, kebanyakan makanan di sekolah adalah tidak halal, yang paling mencabar terutamanya apabila tiba waktu berbuka puasa kerana dia perlu mengatur masa dan makanan sendiri. 

    Tetapi di Malaysia, katanya bulan Ramadan di sini membuatkannya berasa cukup istimewa. 

    Bolin berkata suasana Ramadan di sini kuat dan makanannya mudah, dengan restoran Muslim dan Cina di mana-mana. 

    “Walaupun di luar negara, saya masih boleh makan makanan Cina. Ada ‘perut’ Cina ke mana-mana saya pergi. 

    “Makanan Malaysia mempunyai pelbagai sos yang menyelerakan dan sangat istimewa seperti sos asam, sos nyonya, dan sambal,” katanya.

    Tambahnya, terdapat banyak masjid untuk dia berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih, yang diadakan setiap malam pada bulan Ramadan. 

    Kebanyakan masjid menyediakan juadah berbuka puasa percuma dan semua orang boleh duduk di atas lantai dan menikmati kemeriahan berbuka puasa bersama, katanya. 

    Bolin berkata budaya Islam yang kuat itu juga memberi gambaran berbeza kepadanya tentang Malaysia.

    “Cuaca terlalu panas dan mudah dahaga ketika saya berpuasa. 

    “Tetapi terdapat persekitaran yang begitu baik, dengan orang Islam saling menggalakkan dan menyokong satu sama lain untuk bertahan,” katanya. 

    Lima tahun di Malaysia 

    Ma Jing, 25, berasal dari Wilayah Qinghai, dan berada di Malaysia sejak lima tahun lalu. 

    Dia berkata telah menyesuaikan diri dengan iklim panas. 

    “Ramadan tahun ini berlangsung di bulan Mac dan April. Cuaca panas dan sedikit hujan. Sukar untuk pergi kelas dan keluar rumah. 

    “Pada bulan puasa, ujian akan lebih hebat daripada biasa kerana anda tidak boleh minum atau makan pada siang hari. Apabila suhu terlalu panas, jadi mudah mengantuk,” katanya. 

    Ma Jing

    Ma juga berkata masakan asing jarang ditemui di China tetapi di Malaysia, dia boleh mencari “nasi Arab” kegemarannya. Ini boleh didapati di bazar.

    ALSO READ:  9 premis kotor di Machang diarah tutup 14 hari

    “Antara kegemaran saya pada Aidilfitri setiap tahun ialah memasak makanan yang lazat bersama rakan-rakan untuk menyambut Aidilfitri dan kemudian keluar untuk berseronok,” tambahnya. 

    Dengan tamat pengajiannya tidak lama lagi, Ma berkata dia telah sukakan Malaysia dan pasti akan merindui negara ini bila kembali ke China.

    Kemeriahan bazar Ramadan 

    Zhang Shuting, 22, berasal dari Timur Laut China. Dia juga berada di Malaysia selama lima tahun dan sedang menjalankan kajian media. 

    Dia berkata masjid di kampung halamannya kurang sesak kerana penganut Islam sedikit, tetapi masjid di Malaysia penuh apabila tiba waktu solat.

    Kadangkala, terdapat begitu ramai orang sehingga mereka terpaksa berdiri di depan pintu untuk bersembahyang, kata Zhang. 

    Menurutnya, sisi paling diingati Ramadan di Malaysia ialah bazar, yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang lazat. 

    Di bazar, Zhang suka mencuba makanan ringan yang berbeza seperti nanas goreng, pisang goreng, isi ayam goreng dan sosej keju goreng.

    Dia sering pulang ke rumah dengan perut kenyang. 

    Dia juga mengatakan bahawa ramai umat Islam Malaysia berbuka puasa di restoran, dan kedai makan di pusat membeli-belah sentiasa hampir penuh. 

    Zhang berkata, dia juga terpaksa menempah dua hingga tiga hari lebih awal untuk menjamu selera dengan rakan-rakannya di restoran steamboat Jepun Sukiya. 

    Akhir sekali katanya, dia juga sukakan gaya hidup santai Malaysia.

    “Kehidupan di Malaysia jauh lebih perlahan dan lebih santai daripada di China,” ujarnya. 

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts