Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kita ada disiplin parti' - Fahmi jawab kritikan Surendran

    ‘Kita ada disiplin parti’ – Fahmi jawab kritikan Surendran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil mengingatkan peguam N Surendran untuk mengamal disiplin dalam parti ketika menyuarakan pandangan.

    Ia susulan bekas naib presiden PKR itu mengkritik sikap pemimpin PH yang berdiam diri mengenai siasatan hasutan terhadap bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua.

    “Surendan adalah kenalan lama saya dan pernah tinggal dalam kawasan (parlimen) saya. Tapi atas sebab-sebab tertentu dia tidak dicalonkan semula dalam beberapa pilihan raya kebelakangan ini.

    “Bagaimanapun, saya mengambil maklum pandangan beliau.

    “Dalam PKR dan PH, kita memegang pada prinsip parti, dalam masa sama kita ada disiplin dalam parti,” kata Fahmi pada sidang media di Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.

    Dia diminta mengulas kenyataan Surendran yang menyuarakan kekecewaan kepada pemimpin PH di laman X, semalam.

    Surendran menggelar sikap berdiam diri pemimpin PH sebagai ‘agak memalukan’ berhubung siasatan Akta Hasutan 1948 terhadap Pua yang juga pemimpin DAP.

    N Surendran

    Pua disiasat berhubung catatan di Facebook yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib Razak.

    “Siasatan hasutan ke atas Tony Pua, namun Harapan/DAP kebanyakan mereka senyap – agak memalukan.

    “Betapa dalamnya rakan-rakan lama saya telah karam,” sindir Surendran.

    Sementara itu, Fahmi turut mengulas pengumuman Bersih awal hari ini, yang menyatakan kemungkinan akan mengadakan demonstrasi bantahan bagi mendesak kerajaan melaksanakan agenda reformasi.

    “Kenyataan oleh Bersih ini baru saja dikeluarkan, kita ambil maklum.

    “Kita menghormati pandangan yang disampaikan tapi kita belum bincang di peringkat jemaah Menteri,” katanya.

    Menurut Fahmi, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dan melaksanakan agenda atau manifesto yang akan dilaksanakan.

    “Saya percaya apa yang telah dinyatakan oleh NGO (badan bukan kerajaan) dan orang awam ini akan diambil dan platform terbaik untuk membincangkan perkara ini adalah melalui jawatankuasa yang disebut tadi dan akan dipengerusikan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli,” katanya.

    ALSO READ:  Typhoon Shanshan makes landfall in Japan, killing 3 and snarling air traffic

    Pada sidang media awal hari ini, Pengerusi Bersih Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata mereka akan memulakan jerayawara ke seluruh negara untuk mendidik orang ramai mengenai tuntutan kepada kerajaan, termasuk reformasi institusi.

    “Jika Bersih ingin mengadakan demonstrasi, ia akan lebih berkesan jika orang ramai memahami sebab untuk berada di jalanan.

    “Untuk mengadakan demonstrasi, peranancangan diperlukan, dan kerja akar umbi adalah penting untuk membina momentum dan memastikan orang ramai bersama-sama dengan kita,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts