Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Kita tak terlepas peluang, konsert Taylor Swift tak ditawar kepada Malaysia’

    ‘Kita tak terlepas peluang, konsert Taylor Swift tak ditawar kepada Malaysia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim menafikan dakwaan beberapa pihak, termasuk pembangkang kononnya Malaysia terlepas peluang untuk memanfaatkan ruang bagi membolehkan artis antarabangsa Taylor Swift mengadakan persembahan di negara ini.

    Sebaliknya, Adam Adli berkata apa yang berlaku adalah Malaysia tidak pernah ditawarkan untuk penganjuran konsert Taylor Swift.

    Adam Adli Abdul Halim

    “Sebenarnya apa yang dibangkitkan dalam media baru-baru ini berkaitan dengan peluang yang terlepas ini sebenarnya tidak begitu tepat.

    “Konsert yang dipertikaikan ini yang melibatkan Taylor Swift ini sebenarnya tidak pun pernah ditawarkan kepada Malaysia dibawah kontrak bersama dengan ASM Global, walaupun jelajah selebriti berkenaan telah diumumkan secara rasmi pada November 2022,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

    Adam Adli berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang membangkitkan kegagalan Malaysia merebut peluang membawa selebriti antarabangsa itu ke Malaysia dan mengakibatkan kerugian ekonomi kepada negara.

    Semalam, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, mendakwa negara mengalami kerugian jika terus gagal memanfaatkan ruang yang ada untuk membolehkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini.

    Dia berkata ada ramai penghibur carta atasan boleh dibawa untuk beraksi di negara ini melalui kaedah sedia ada namun langkah tersebut tidak dilakukan.

    Bahkan bekas Menteri besar Perak itu menggesa langkah lebih giat digerakkan untuk membolehkan selebriti terkenal datang membuat persembahan di negara ini.

    Media pada Rabu lalu melaporkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, sebagai berkata langkah menjadikan republik itu sebagai destinasi tunggal konsert Taylor Swift di Asia Tenggara bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di rantau berkenaan.

    ALSO READ:  Sibu duo apprehended for stealing RM11,300 worth of street lamps.

    Sebaliknya kata Lee, Singapura memang menyediakan insentif tertentu melalui dana pembangunan pelancongan dan ia terbukti sangat berjaya untuk mereka.

    Konsert The Eras Tour Taylor Swift akan diadakan selama tiga malam berturut-turut di republik berkenaan mulai hari ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts