Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan akan teliti semula pelan tindakan masyarakat India

    K’jaan akan teliti semula pelan tindakan masyarakat India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat India dalam memperkasa komuniti tersebut, sejajar dengan kerangka Ekonomi Madani yang menitikberatkan komitmen untuk menghapuskan kemiskinan tegar semua kaum.

    Berdasarkan itu, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengumumkan bahawa satu sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan fokus akan diadakan bulan ini.

    “KPN melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) komited untuk memperbaiki pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui pelbagai inisiatif dan program untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat India dalam bidang pendidikan, ekonomi, dan sosial.

    Program peningkatan kemahiran, pembangunan modal insan, dan peluang keusahawanan juga akan ditingkatkan bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah masyarakat India yang berpendapatan rendah (B40),” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen.

    Kementerian tersebut menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin mengetahui peranancangan jangka pendek, sederhana, dan panjang bagi Mitra dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat India.

    Bernama


    Sementara itu, satu kajian untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia berkaitan akses kepada pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan, dan program kebajikan sosial akan dilaksanakan bermula esok hingga 18 Mac ini, kata Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

    KPN menyatakan bahawa kajian yang dijalankan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) itu akan menjadi platform untuk merancang program pembangunan sosioekonomi dan membantu dalam pengurusan proses peruntukan dana dengan cekap mengikut isu-isu utama yang telah dikenal pasti.

    “KPN mengalu-alukan penyertaan masyarakat India Malaysia untuk memberi maklum balas bagi membentuk masa depan pembangunan komuniti yang berkekalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pautan untuk kajian boleh diakses di sini: Kajian Selidik.

    ALSO READ:  Hundreds of thousands demonstrate against right-wing extremism in Germany

    Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan kajian tersebut, sila layari laman sesawang rasmi KPN atau hubungi pejabat MITRA di talian 03-8886 6221.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts