Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan alu-alukan syarikat penerbangan mula operasi antarabangsa di LTSIP

    K'jaan alu-alukan syarikat penerbangan mula operasi antarabangsa di LTSIP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan mengalu-alukan mana-mana syarikat penerbangan untuk memulakan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan.

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke bagaimanapun berkata syarikat penerbangan terbabit perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) terlebih dahulu.

    “Sebenarnya tiada masalah bagi mana-mana syarikat penerbangan memulakan penerbangan antarabangsa dari LTSIP.

    “Sebagai contoh penerbangan dari Singapura, Thailand atau mana-mana negara di rantau Asia, terpulang kepada syarikat penerbangan terbabit,” katanya.

    Loke berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian operasi fasa satu projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP, hari ini.

    Ia turut dihadiri Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dr Izani Husin.

    Sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya bersetuju dengan cadangan kerajaan Kelantan bagi menambah 400 meter lagi landasan di LTSIP untuk menjadikan ia lapangan terbang antarabangsa.

    Anwar juga berkata dia akan meminta Loke untuk menyegerakan pembinaan LTSIP yang sedang dilakukan ketika ini.

    Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung sehingga empat juta penumpang.

    Loke memberi jaminan pembinaan Fasa 2 LTSIP tidak menjadi masalah dan mampu disempurnakan mengikut jadual. Ia dijangka siap sepenuhnya pada Jan tahun depan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts