Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan banteras jualan 'energy stick', kegilaan terbaru di sekolah

    K’jaan banteras jualan ‘energy stick’, kegilaan terbaru di sekolah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan akan membanteras penjualan dan pengiklanan produk penyedut hidung atau lebih dikenali sebagai ‘energy stick’ yang menyerupai vape dan menjadi, kegilaan terbaharu di kalangan golongan muda.

    Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, ini kerana ia bertentangan dengan peraturan sedia ada.

    Dr Muhammad Radzi Abu Hassan

    Siasatan awal kementerian mendapati pengilang dan pengimport gagal mendaftarkan produk berkenaan, seperti yang dikehendaki di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan peraturan yang mengawal produk farmaseutikal dan kosmetik.

    Hasil saringan awal mendapati banyak produk itu dijual di platform e-dagang (e-marketplace) seperti Shopee dan Lazada, oleh penjual tempatan dan antarabangsa.

    “Kementerian Kesihatan, melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya iaitu memastikan iklan-iklan produk tersebut diturunkan,” kata Dr Muhammad Radzi.

    Tambahnya, menjual kosmetik atau produk farmaseutikal tidak berdaftar boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.


    Sehingga jam 12 tengah hari ini, semakan Malaysiakini mendapati ‘energy stick’ itu masih boleh didapati di platform e-dagang.

    Langkah Kementerian Kesihatan itu dibuat selepas Kementerian Pendidikan minggu ini mengumumkan larangan penggunaan ‘energy stick’ di sekolah.

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak menggunakan produk tersebut.

    Apa itu ‘energy stick’?

    Apa itu ‘energy stick’ dan mengapa ia menjadi kegilaan terbaru atau trend golongan muda?

    ‘Energy stick’ adalah peralatan menyedut yang menjanjikan rangsangan tenaga aromaterapi melalui pernafasan.


    Tidak seperti vape yang disedut melalui mulut, ‘energy stick’ disedut melalui hidung.

    Ia bersaiz kecil, hanya sebesar pemetik api, berwarna warni dan didatangkan dengan pelbagai perisa menarik serta mudah dibeli secara dalam talian dengan harga kurang daripada RM10 setiap satu.

    ALSO READ:  Sabar, istiqamah sementara tunggu laporan pascanilai selesai

    Perisa ‘energy stick’ hampir sama dengan cecair vape dan mempunyai nama seperti ‘Mint Margarita’, ‘Guava Martini’ dan ‘Mango Vodka’.

    Ia sering dipasarkan sebagai cara untuk “mencegah rasa mengantuk semasa memandu” atau untuk “mengelakkan daripada tidur di dalam kelas”. Sesetengah penjual juga mendakwa produk itu mujarab untuk sakit kepala, menghalau nyamuk dan melawan kegatalan.

    Sesetengah penjual tempatan mengiklankan kepada pelajar sekolah dengan tag line “sedut dahulu, baru pergi ke sekolah”.


    Pengeluarnya pula mendakwa ia menggunakan “bau semula jadi” dan tidak mempunyai bahan pengawet, “perisa industri”, logam berat atau pigmen, menjadikannya selamat untuk digunakan, tetapi kandungan bahan kimia sebenar bahan penyedut itu tidak didedahkan. Pakar kesihatan bagaimanapun, berkata ia adalah “berbahaya” dan pengambilan produk ini sama seperti pengambilan dadah melalui hidung “snorting” dan secara psikologinya adalah sangat negatif kerana mengalakkan pengguna untuk mencuba bahan bahan lain termasuk dadah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts