Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesK'jaan berpendirian takkan bina lagi empangan hidro besar

    K’jaan berpendirian takkan bina lagi empangan hidro besar

    -

    Shopee CNY Sale
    Kerajaan Persekutuan berpendirian tidak akan membina empangan hidroelektrik berskala besar pada masa akan datang seperti Empangan Kenyir di Terengganu, Empangan Pergau, Kelantan dan Empangan Nenggiri.

    Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian selepas ditanya mengenai pembinaan Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri di Kelantan yang didakwa menjejaskan masyarakat Orang Asli yang tinggal sekitar kawasan itu.

    “Itu dasar yang kita ambil bergerak ke depan… cuma Empangan Nenggiri ini telah diluluskan…bagi membatalkan projek itu di luar bidang kuasa saya.

    “Saya tahu sebab kadang-kadang empangan hidroelektrik ini ‘dijual’ sebagai mesra alam sebab tidak ada karbon, tak keluarkan asap.

    Tapi ada kes satu rancangan nak buat empangan di Semenanjung belum lulus, dengar saja nak buat (empangan) tiba-tiba hutan (di kawasan) itu ditebang sebab orang nak dapatkan kayu balak,” katanya seperti dipetik laporan Bernama.

    Nik Nazmi berkata pembinaan empangan berskala besar akan mengakibatkan kawasan perkampungan berhampiran ditenggelami air.

    Ini katanya menyebabkan kemusnahan habitat hidupan liar, seterusnya mencetuskan pencerobohan haiwan itu ke kawasan kediaman manusia.

    Terdahulu Menteri alam sekitar menyampaikan ucaptama pada Persidangan Tanah Orang Asli kali ke-12 di Petaling Jaya hari ini.

    Persidangan Nasional Tanah Orang Asli kali ke-12 yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) dan kumpulan hak asasi manusia Pusat KOMAS yang mengumpulkan kira-kira 100 perwakilan komuniti Orang Asli dari Kelantan, Perak, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

    Untuk rekod, Kerajaan Kelantan pada 16 Jun 2022 menjelaskan segala hasil kayu, sumber mineral dan khazanah bersejarah akan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pembinaan empangan Nenggiri, Gua Musang, dimulakan.

    ALSO READ:  Musibah banjir: PH T'ganu rayu PM tangguh konsert Coldplay

    Empangan Nenggeri melibatkan keluasan kira-kira 5,000 ekar dijangka mula beroperasi pada 1 Jun 2027 dengan tasik takungan utama seluas 53.84 kilometer persegi.

    Projek empangan Nenggiri mendapat bantahan masyarakat Orang Asli setempat namun projek itu tetap diteruskan dan dilaporkan kerajaan membayar pampasan terhadap penduduk terlibat.

    Pada 1 Ogos 2022, Takiyuddin Hassan ketika menjadi Menteri tenaga dan sumber asli berkata kerajaan memperuntukkan lebih daripada RM200 juta untuk masyarakat Orang Asli yang terjejas berikutan pembinaan empangan itu.

    Bagaimanapun, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Mustafa Along berkata, pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri tersebut yang didakwa untuk menyelesaikan masalah banjir, kemarau dan membekalkan bekalan tenaga elektrik adalah tidak tepat.

    Sebaliknya, menurutnya, ia akan memberi kesan yang teruk kepada empat buah penempatan orang asli secara langsung iaitu Pos Tohoi, Pos Pulat, Kampung Wias dan Kampung Bering.

    Katanya, seramai 1,185 orang daripada 217 keluarga akan dipindahkan ke kawasan lain iaitu di Kampung Kuala Yai dan 18 kampung atau pos akan terjejas secara tidak langsung kerana kawasan hutan rayau, tanah adat dan wilayahnya juga akan tenggelam.

    Selain itu, projek berkenaan, Kata Mustafa akan memusnahkan sebahagian besar kawasan hutan, tanah adat dan wilayah mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk memasak, mandi-manda, membasuh dan bercucuk tanam.

    Ia juga dikatakan menjejaskan kawasan mereka mendapatkan makanan hutan melalui aktiviti memburu dan sebagainya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts