Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK’jaan cadang lanjutkan pendidikan wajib ke peringkat SPM

    K’jaan cadang lanjutkan pendidikan wajib ke peringkat SPM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyediakan draf Rang Undang-Undang Pendidikan Pindaan bagi cadangan melanjutkan pendidikan wajib dari peringkat pendidikan rendah kepada pendidikan menengah. Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan dengan agensi kerajaan berkaitan, termasuk Suhakam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan NGO.

    Dasar baharu itu akan menyaksikan pendidikan wajib dikuatkuasakan kepada semua pelajar sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lim berkata demikian menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang meminta kerajaan menyatakan kadar keciciran sistem sekolah dan pecahan sebab keciciran mengikut tahun, umur dan jantina dari 2019 hingga Jun 2023 bagi setiap Negeri dan langkah supaya murid dan pelajar kembali bersekolah, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Dalam jawapannya, Lim berkata, kadar keciciran murid dan pelajar sekolah menunjukkan trend penurunan dari 2019 hingga 2022. Menurutnya, di peringkat sekolah rendah, kadar keciciran murid menurun daripada 0.12 peratus pada 2019 kepada 0.07 peratus pada 2022 sementara untuk peringkat menengah, kadar keciciran menurun daripada 1.14 peratus pada 2019 kepada 0.99 peratus pada 2022.

    “Bagi tempoh 2019 hingga 2022 pada peringkat sekolah rendah, keciciran murid melibatkan tahun tiga, empat dan enam menunjukkan peningkatan manakala tahun dua dan lima menunjukkan tiada keciciran murid dan penurunan dalam tempoh tersebut.

    “Pada peringkat sekolah menengah pula berlaku peningkatan kadar keciciran murid bagi tingkatan dua dalam tempoh 2019 hingga 2022 manakala terdapat penurunan kadar keciciran yang melibatkan tingkatan tiga, empat dan lima dalam tempoh berkenaan,” katanya.

    Selain itu, Lim berkata kadar keciciran murid mengikut jantina pada peringkat sekolah rendah menunjukkan tiada keciciran murid perempuan berbanding murid lelaki bagi 2019 hingga 2022.

    ALSO READ:  Tennis-Rybakina survives Azarenka test to reach Miami Open final

    “Pada peringkat sekolah menengah pula kadar keciciran murid lelaki menunjukkan penurunan berbanding kadar keciciran murid perempuan yang meningkat dari 2019 hingga 2022,” katanya.

    Menurutnya data dari 2019 hingga 2023 menunjukkan sebab utama mendorong murid berhenti sekolah adalah kerana tidak berminat ke sekolah, bekerja, masalah keluarga, berkahwin dan sukar ke sekolah disebabkan faktor jarak.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts