Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan digesa gubal undang-undang lindungi hak pelajar pelatih

    K’jaan digesa gubal undang-undang lindungi hak pelajar pelatih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kumpulan yang mewakili pelajar pelatih menuntut kerajaan menggubal undang-undang yang melindungi hak pelatih, terutamanya berhubung kerja tanpa upah. Kumpulan yang terdiri daripada pelajar universiti, pelatih dan bekas pelatih mengemukakan tuntutan mereka dalam memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya hari ini. Wakil kumpulan itu, Rashifa Aljuneid berkata adalah tidak munasabah pelatih kekal tanpa perlindungan undang-undang sama ada di bawah Akta Pekerjaan 1955 atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku). Tambahnya, dalam realiti hari ini, menghadapi kos sara hidup yang tinggi, belia masih perlu menjalani latihan industri wajib untuk menamatkan pengajian. Rashifa berkata walaupun pelatih akan mendapat pengalaman bekerja, pengalaman itu saja tidak mampu membayar sewa rumah, pengangkutan dan makan semasa latihan. Walaupun beberapa syarikat membayar pelatih mereka, Rashifa berkata jumlah itu agak kecil dan kebanyakannya berpangkalan di Kuala Lumpur. “Negeri-Negeri lain seperti Terengganu, Sabah, Sarawak dan Johor masih jauh ketinggalan dalam hal ini,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada pegawai tugas khas Menteri Sumber Manusia Steven Sim, Chee Yeeh Ceeu. Pada Jun tahun lalu, Rashifa menghabiskan tiga hari di sekitar kampusnya dengan memakai plakad memperjuangkan hak pelatih, termasuk dibayar elaun yang setimpal.

    Kumpulan itu, yang dikaitkan dengan Muda, bagaimanapun, tidak mencadangkan sebarang jumlah ditetapkan untuk elaun dibayar, walaupun mereka menggesa untuk mempertimbangkan kadar gaji minimum semasa. Rashifa juga berkata kerajaan mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyelidik dan menentukan jumlah yang sesuai untuk elaun. “Kami enggan memberikan sebarang angka kerana kami tidak mahu ia digunakan sebagai penanda aras,” tambahnya. Secara prinsipnya, kumpulan itu berkata jumlah itu sepatutnya mampu menampung kos asas sara hidup termasuk pengangkutan, sewa, makan dan banyak lagi. Selanjutnya, kumpulan itu dalam memorandum mereka juga berkata satu dasar baru perlu digubal untuk melindungi kebajikan pelatih, termasuk mengenai perkara yang melibatkan keselamatan dan kesihatan. Rashifa berkata mereka akan menubuhkan sekretariat untuk menyelaraskan tindakan, termasuk mencari peluang untuk membincangkan tuntutan mereka dengan kementerian lain yang berkaitan. “Kami juga akan mendesak seramai mungkin ahli parlimen untuk bercakap mengenai hak pelatih dalam persidangan parlimen akan datang pada Februari,” tambahnya. Pada Julai tahun lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa elaun minimum RM800 akan diberikan kepada pelatih yang bekerja dalam kerajaan dan GLC. Sementara itu, seorang lagi wakil kumpulan itu, Imran Sulaiman mempersoalkan apakah alasan lain yang boleh diberikan oleh syarikat yang masih enggan membayar gaji pelatih. “Pelatih juga manusia juga. Mereka ada perkara yang perlu dibayar dan hutang yang mesti diselesaikan. Ada yang datang dari rumah anak yatim atau satu-satunya pencari nafkah keluarga mereka. “Mengapa kerajaan dan syarikat tidak boleh melayan pelatih dengan bermaruah?” soalnya.

    ALSO READ:  Polis tahan lelaki disyaki pukul ibu hingga maut
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts