Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan digesa pinda akta data peribadi sebelum laksana Padu

    K’jaan digesa pinda akta data peribadi sebelum laksana Padu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Hab Pangkalan Data Utama (Padu) sehingga Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dipinda.

    Pengarah LFL Zaid Malek berkata ia bagi memastikan kerajaan dan agensi terlibat, bertanggungjawab ke atas perlindungan dan keselamatan data yang dikumpul, kata pengarah LFL Zaid Malek.

    “Setakat ini, Seksyen 3(1) APDP mengecualikan kerajaan daripada penguatkuasaannya, bermakna data yang dikumpul oleh Padu boleh disebarkan atau digunakan oleh kerajaan di luar tujuan yang diisytiharkan sebagai subsidi bersasar,” katanya.

    Tambahnya, pelaksanaan sistem Padu sebelum pindaan APDP mendedahkan orang ramai kepada risiko pencerobohan dan kebocoran, penipuan dan penyalahgunaan lain.

    Zaid juga menyatakan kebimbangan data yang dikumpul digunakan untuk tujuan politik.

    Dia menegaskan bahawa memandangkan data yang dikumpul akan dipusatkan pada satu platform, isu keselamatannya mesti menjadi keutamaan.

    “Oleh itu, kerajaan tidak cukup sekadar memberi jaminan mulut bahawa data yang dikumpul di bawah Padu tidak disalahgunakan atau akan dilindungi,” katanya.

    Merujuk kepada kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengenai RUU Omnibus untuk perkongsian data antara agensi kerajaan mengenai Padu, Zaid mempersoalkan mengapa RUU itu tidak dilaksanakan sebelum pelancaran sistem Padu.

    Pada Jun tahun lalu, Rafizi dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata bahawa RUU Omnibus itu akan memastikan perkongsian data selamat.

    Tambah Zaid lagi: “Tanpa pindaan dibuat sebelum pelancaran Padu, orang ramai tidak boleh yakin bahawa data mereka akan dilindungi daripada penyalahgunaan oleh kerajaan atau penipu dan individu tidak bertanggungjawab yang sudah pasti akan menyasarkan pangkalan data besar-besaran.

    “Jenayah jenis ini terkenal secara meluas sekarang dan telah merebak di serantau. Adalah pelik bahawa kerajaan telah meneruskan tanpa membetulkan undang-undang, kerana ini buat kerja di balik bokong,” katanya.

    ALSO READ:  Former MDEC CEO Surina Shukri passes away

    Kementerian Ekonomi semalam berterima kasih kepada seorang netizen yang menemui kelemahan dalam sistem Padu yang membenarkan pihak ketiga menggunakan nombor kad pengenalan (IC) untuk melepasi kata laluan.

    Tidak lama selepas pengguna media sosial itu – yang mengatakan dia seorang pembangun perisian komputer – membuat perkongsian isu berkenaan, API telah ditukar.

    Ini antara beberapa aduan lain di media sosial, termasuk daripada bekas timbalan Menteri Ong Kian Ming, yang mendakwa dia boleh menggunakan nombor kad pengenalan orang lain untuk mendaftarkan mereka di Padu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts