Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan kaji perluas skop perlidungan akta kesalahan seksual kanak-kanak

    K’jaan kaji perluas skop perlidungan akta kesalahan seksual kanak-kanak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan sedang menjalankan kajian bagi memperluaskan perlindungan Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) untuk menangani isu eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata kajian ini bertujuan memberi perlindungan lebih baik kepada mangsa tanpa mengira lokasi geografi pelaku.

    “Jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang merentasi sempadan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Azalina berkata seksyen itu memperuntukkan mana-mana warganegara yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak di luar negara boleh dianggap sebagai melakukan perbuatan tersebut di Malaysia, dan tindakan boleh diambil terhadap individu terbabit.

    Mengikut Akta 792, katanya, kesalahan berkaitan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam talian melibatkan enam kategori dan hukuman dengan tempoh pemenjaraaan lima hingga 30 tahun serta sebatan.

    Dia berkata akta itu turut memperuntukkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam talian yang lain termasuk pengantunan kanak-kanak, berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak dan menyebabkan mereka memerhati atau mendengar bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

    Azalina juga berkata pada 2023, dua pindaan baru diluluskan untuk memerangi jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian iaitu Seksyen 15A yang memperuntukkan kesalahan berkaitan persembahan seksual oleh kanak-kanak manakala Seksyen 15B adalah berkaitan pemerasan seksual kanak-kanak.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts