Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesK’jaan lancar dasar bumiputera baru bermanfaat untuk semua kaum

    K’jaan lancar dasar bumiputera baru bermanfaat untuk semua kaum

    -

    Shopee CNY Sale

    Kerajaan hari ini mengemaskini konsep dan persepsi pemerkasaan bumiputera kepada yang serasi dengan masyarakat berbilang kaum.

    Dalam melancarkan agenda bumiputera baru, yang dinamakan Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB), Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan rancangan itu sebagai sesuatu yang bermanfaat kepada semua rakyat di Malaysia.

    Zahid berkata TEB mempunyai tiga matlamat iaitu keadilan sosio-ekonomi; kemampanan negara bangsa; dan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

    “Ketiga-tiga matlamat utama ini bagi memastikan, dasar dan pelaksanaan agenda ekonomi negara, bukan sahaja menjamin penglibatan dan hak Bumiputera tetapi pada masa yang sama memastikan wujudnya kesalingan atau synergy dengan bukan Bumiputera.

    “Mahu atau tidak, rela atau tidak, kesalingan antara kaum amat penting dalam memugar aktiviti ekonomi negara.,” ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini.

    Menurut presiden Umno itu, matlamat tersebut bertujuan untuk memadamkan naratif bahawa ekonomi dikawal oleh minoriti – yang katanya menyebabkan rasa tidak senang di kalangan kaum majoriti, yang membawa kepada ketegangan sosial.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts