Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK’jaan mahu laporan terperinci insiden burut maut tertimbus tanah

    K’jaan mahu laporan terperinci insiden burut maut tertimbus tanah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah untuk menyediakan laporan terperinci berhubung insiden seorang buruh warga Indonesia maut ditimbus tanah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) di Kampung Berembang, Kuala Lipis, Pahang, semalam.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan sama ada semua perkara terutama membabitkan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek keselamatan dipatuhi di tapak projek pembinaan terbabit.

    “Siasatan lanjut juga sedang dijalankan beberapa pihak untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

    Beliau turut menzahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

    Dalam kejadian 11.15 pagi tadi, Khairul Anam, 28 maut selepas ditimbus tanah menggelongsor ketika mengukur kedalaman longkang yang baru digali dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bezah siasat.

    Mangsa berasal dari Jawa Timur difahamkan baru lima bulan bekerja dengan syarikat subkontraktor bagi kerja pembinaan laluan CSR itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts