Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK’jaan nafi tindas pelarian, warga asing di pusat tahanan

    K’jaan nafi tindas pelarian, warga asing di pusat tahanan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan dalam laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) yang menyatakan kerajaan menindas kumpulan pelarian dan warga asing, dengan menempatkan mereka di pusat tahanan yang penuh sesak serta kononnya melebihi kapasiti.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika ini terdapat 20 depoh imigresen di negara ini dengan kapasiti 20,650, namun sehingga 7 Mac jumlah mereka yang ditempatkan di depoh ialah seramai 13,655 ataupun di bawah kapasiti maksima.

    Saifuddin Nasution Ismail

    “Laporan HRW tertolak dengan sendirinya. Biar angka berbicara, adakah sesak, jawapannya tidak. Berapa banyak kita belanja untuk uruskan 20 depoh ini, RM123 juta tahun lepas, makan saja RM83 juta kita belanja.

    “Bila kita usir kita bayar duit feri dan kapal terbang, begitu sekali kita jaga, tapi HRW kata kita dera sampai kematian,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

    Beliau berkata warga Myanmar paling ramai direkodkan berada di depoh imigresen iaitu seramai 4,541, diikuti Indonesia (3,797), Filipina (2,914), Bangladesh (1,000), Thailand (329) dan negara-negara lain 1,054.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts