Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan Pahang digesa terus-terang isu hutang kepada Persekutuan

    K'jaan Pahang digesa terus-terang isu hutang kepada Persekutuan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Pahang perlu berterus-terang kepada rakyat berkaitan jumlah sebenar hutang yang sudah dibayar kerajaan Negeri kepada kerajaan Persekutuan.

    Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, sejak 2021 hingga tahun ini, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail (gambar atas) dalam ucapannya sentiasa mengulangi pencapaian kerajaan pimpinannya berjaya mengurangkan hutang daripada RM3 bilion kepada RM900 juta.

    Adun Beserah itu mendakwa, pengurangan hutang yang diumumkan Wan Rosdy bukanlah membabitkan pembayaran hutang antara kerajaan Pahang dan kerajaan Persekutuan, tetapi hutang yang dihapus kira selepas Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Pahang.

    “Perjanjian ini dimuktamadkan pada Disember 2020… ada majlis berkaitan majlis berkenaan diadakan di Kuantan.

    “Melalui perjanjian itu, kerajaan Persekutuan bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM2.1 bilion.

    “Maknanya, RM3 bilion ditolak dengan pinjaman dihapus kira itu dan baki hutang adalah kira-kira RM900 juta.

    “Dari tahun 2021 hinggalah sekarang, jumlah hutang kerajaan Pahang kepada Kerajaan Persekutuan masih kekal RM900 juta lebih… adakah ini bermakna sebenarnya kerajaan Pahang belum membayar lagi hutang itu sejak tahun 2021,” katanya dalam sidang media di Kuantan, semalam.

    Ketika sesi sidang DUN Pahang pada Disember lalu, perkara sama turut dibangkitkan Adun Cheka yang juga Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Tuan Ibrahim yang pernah memegang jawatan Menteri Alam Sekitar dan Air mendakwa usaha menghapus kira hutang berkaitan air berjaya diselesaikan ketika dia menjadi Menteri.

    Namun, Wan Rosdy dilaporkan berkata usaha itu sudah dimulakan sejak tahun 2018 dan hanya ditandatangani ketika Tuan Ibrahim menjadi Menteri.

    Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adun Kuala Sentul, Jasri Jamaludin dalam sidang media sama, mendakwa hampir 20 soalan tambahan dan soalan ditanya dalam Dewan ketika sidang DUN Disember lalu, masih belum dijawab wakil kerajaan.

    ALSO READ:  Buat perangai buruk sorok beras kamu jaga - PM

    “Semua soalan itu dikemukakan kepada wakil kerajaan dan ada yang berjanji untuk memberikan jawapan bertulis, namun selepas hampir lima bulan berlalu, saya belum terima (jawapan).

    “Sedangkan kalua mengikut Sistem Soalan Dewan Negeri (SSDN), setiap soalan dikemukakan ahli Dewan melalui ‘Borang A’ dalam SSDN perlu dijawab dalam masa satu jam selepas ia didaftarkan.

    “Perkara ini menimbulkan masalah kepada kami untuk menjawab apabila ditanya penduduk di kawasan yang kami wakili,” katanya.

    Dia turut berkongsi kekecewaan dengan sikap kerajaan Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengurus Felda dalam kawasan Kuala Sentul yang menghadiri program anjuran pejabatnya sepanjang Ramadan lalu.

    Katanya, kehadiran pengurus Felda itu adalah sebagai ketua dalam tanah rancangan dan mereka lebih memahami keperluan warga peneroka di situ.

    “Saya cuma buat program pengagihan zakat yang disumbangkan oleh kenalan… program itu diadakan di perkarangan masjid dan disekalikan dengan majlis berbuka puasa.

    “Semua sumbangan ini kami – Adun pembangkang – usahakan sendiri, kami cari dana untuk memastikan penduduk yang tidak berkemampuan dapat menerima sedikit sumbangan ketika Ramadan.

    “Nak harapkan kerajaan Negeri, mereka bagi RM5,000 setahun… itu pun ketika bulan puasa, peruntukan lain tidak disalurkan terus kepada Adun pembangkang, sebaliknya diberikan melalui pejabat daerah,” ujarnya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts