Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan rakam takziah buat keluarga Taib, rakyat Sarawak

    K’jaan rakam takziah buat keluarga Taib, rakyat Sarawak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemerintah Kerajaan Madani hari ini menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia awal pagi hari ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook juga menyampaikan takziah kepada seluruh rakyat Sarawak atas kehilangan tersebut.

    “Turut berduka cita atas pemergian bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi.

    “Sesungguhnya kita, terutama rakyat Negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang amat dihormati,” kata Perdana Menteri.



    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan Negeri Sarawak akan sentiasa dikenang selamanya.

    “Al-Fatihah,” katanya.

    Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini.

    Pengurusan jenazah Allahyarham dijalankan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumikan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts