Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan sasar bina 2,500 rumah mampu milik atas rizab Melayu

    K’jaan sasar bina 2,500 rumah mampu milik atas rizab Melayu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan menyasarkan pembinaan sebanyak 2,500 unit rumah mampu milik melalui Skim Perumahan Madani yang akan dibangunkan di atas tanah rizab Melayu.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju menyediakan skim tersebut bagi memanfaatkan tanah rizab Melayu terbiar.

    “Masalah tanah rizab Melayu yang berulang kali disuarakan termasuk dalam laporan kongres hari ini, harus dimanfaat dan dibangunkan.

    “Kita memutuskan supaya Pelaburan Hartanah Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) diamanahkan untuk menerajui dan memacu pembangunan komersial di tanah-tanah rizab melayu.

    Gambar hiasan.

    “Ini termasuk Pelaburan Hartanah Berhad yang telah membangunkan Hospital Pakar KPJ di tanah rizab Melayu di Sungai Penchala. Ini satu contoh yang baik.

    “Dan kita akan teruskan segera dengan Skim Perumahan Madani di tanah rizab Melayu dengan sasaran membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik,” kata Anwar pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini.

    Tambahnya, kerajaan juga akan memastikan pemilikan sejumlah 200 ekar tanah Kerajaan, termasuk 50 ekar tanah di Bandar Malaysia kekal dimiliki orang Melayu.

    Ia bagi menjamin ketersediaan perumahan mampu milik agar orang Melayu kekal di kawasan pusat bandar, kata Anwar.

    “Kerajaan telah mengambil alih Bandar Malaysia di Kuala Lumpur. Saya telah putuskan sebahagian daripadanya iaitu sebanyak 50 ekar kekal dimiliki orang Melayu sebagai tanah rizab Melayu.

    “Pusat bandar yang strategik ini kita tetapkan menjadi kawasan milik Melayu.

    “Dalam tempoh setahun, jumlah ini dan kawasan strategik serta pembangunan baru akan ditambah menjadi 200 ekar tanah kerajaan yang dijadikan tanah rizab Melayu di kawasan bandar,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts