Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan tangguh pindaan kewarganegaraan sebab tak yakin lulus - PN

    K’jaan tangguh pindaan kewarganegaraan sebab tak yakin lulus – PN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tindakan kerajaan menangguh undian dan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung undang-undang kewarganegaraan Rabu lalu adalah kerana tidak yakin mendapat undian dua pertiga, dakwa PN hari ini.

    Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata bilangan ahli parlimen yang hadir – ketika Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail membentangkan RUU berkenaan – menunjukkan kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meluluskan pindaan tersebut.

    Hal ini, dakwa Takiyuddin akan menjadi masalah besar kereana kerajaan tidak boleh tewas di peringkat undian jika RUU tersebut dibuat ketika itu.

    “Selain masalah kelulusan RUU tersebut kerana ketidakcukupan sokongan dua pertiga, kegagalan kerajaan dalam hal ini juga adalah dianggap sebagai undi tidak percaya (vote of no confidence) terhadap Perdana Menteri dan kerajaannya.

    “Ini kerana secara konvensyen malah menjadi amalan di United Kingdom, sekiranya kerajaan gagal mendapatkan sokongan mencukupi terhadap agenda besarnya seperti Titah Diraja atau ucapan Belanjawan, maka kerajaan dianggap telah kehilangan kepercayaan Dewan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu, pemeriksaan rekod kehadiran parlimen mendapati seramai 211 orang ahli parlimen yang berdaftar hadir pada 27 Mac lalu, yang mana 145 orang adalah ahli parlimen kerajaan.

    Ini bermakna kerajaan kekurangan tiga ahli parlimen yang diperlukan bagi mendapat undi minimum yang diperlukan untuk meluluskan pindaan RUU berkenaan, katanya.

    Ekoran tersebut, Takiyuddin menyifatkan kenyataan Saifuddin berhubung penangguhan perbahasan RUU itu sebagai tidak jujur, lemah dan bermuslihat.

    “PN beranggapan kerajaan secara tidak jujur telah bertindak secara melulu dan menyalah guna Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tanpa alasan serta penjelasan yang sah.

    “Lebih malang, Menteri berkaitan kemudiannya muncul dengan alasan yang lemah dan bermuslihat bagi ‘menyelamatkan keadaan’ dan menutup kelemahan serta kegagalan kerajaan itu,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Jill Biden positive for COVID, President Biden tests negative - White house

    PN turut menggesa kerajaan untuk membentangkan semula RUU terbabit pada sidang Parlimen akan datang dan Saifuddin perlu meletak jawatan.

    Isnin lalu, Saifuddin membentangkan RUU itu untuk bacaan pertama dan berkata bacaan kedua dan ketiga juga akan dibuat pada sesi kali ini, yang berakhir pada Rabu.

    Bagaimanapun, selepas membentangkan bacaan kedua pada petang Rabu, sesi Dewan Rakyat ditangguhkan.

    Ini bermakna perbahasan untuk pindaan undang-undang kewarganegaraan ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat yang seterusnya, yang dijadual akhir Jun ini.

    Saifuddin menjelaskan kemudian penangguhan itu bagi memberi ruang lebih luas untuk perbahasan pindaaan Perlembagaan Persekutuan berhubung undang-undang kewarganegaraan.

    Katanya, semua ahli parlimen akan berpeluang membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 pada sesi Dewan Rakyat yang akan datang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts