Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK’jaan teliti keperluan lesenkan platform Google, Meta, TikTok - Fahmi

    K’jaan teliti keperluan lesenkan platform Google, Meta, TikTok – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengkaji keperluan untuk melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, dan TikTok, yang menjana pendapatan melalui kandungan dari organisasi media tempatan.

    Menteri KKD, Fahmi Fadzil, mengatakan bahawa perbincangan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak platform tersebut telah dijalankan untuk menghalusi perkara ini dan memberikan pulangan kepada industri media negara.

    “Setelah pertemuan MCMC dan KKD dengan beberapa paltform media sosial besar seperti Google, Meta, dan TikTok, saya mengadakan beberapa perbincangan dengan MCMC untuk mengkaji keperluan mendaftar dan melesenkan beberapa platform ini.

    “Kita melihat banyak kandungan yang dihasilkan oleh organisasi media Malaysia, digunakan dalam media sosial yang ada di platform-platform besar ini, tetapi pulangan kepada media kita (Malaysia) sangat sedikit,” kata Fahmi ketika ditemui wartawan di program Kasih@Hawana 2023 di Kuching, hari ini.

    Fahmi berkata bahawa mekanisme seperti melesen dan mendaftar ketiga-tiga platform media tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan kelestarian ekosistem industri media negara.

    “Kita tidak hanya ingin membantu para wartawan dan kakitangan yang sedang menghadapi masa yang sukar, tetapi juga membantu industri media itu sendiri,” katanya.

    Pada bulan Ogos yang lalu, Fahmi melalui cuitan di platform X mengumumkan bahawa inisiatif ini diharapkan dapat membantu industri media menghasilkan pendapatan tambahan.

    Beliau juga menyatakan bahawa sebagai Menteri dalam kerajaan, beliau perlu memainkan perananan untuk memastikan nasib kakitangan media di negara ini terjamin.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts