Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK’jaan teliti, tambah baik aspek pelaksanaan MLFF - Nanta

    K’jaan teliti, tambah baik aspek pelaksanaan MLFF – Nanta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang meneliti semua aspek melibatkan pelaksanaan Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) seperti yang telah dirancang kerajaan terdahulu.

    Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini menjelaskan kerajaan terdahulu telah mendapat kelulusan secara prinsip dalam pelaksanaan MLFF yang bermula pada 2021, namun kelulusan itu hanya untuk memberi ruang kepada proses rundingan dijalankan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan MLFF.

    “Walaupun peranancangan dan proses-proses kelulusan awal bermula sejak 2021, namun sebagai Menteri Kerja Raya pada masa kini, saya menyedari keperluan untuk membuat beberapa penelitian dan tindakan penambahbaikan.

    “Ini terutamanya yang melibatkan aspek perundangan bagi memastikan MLFF dapat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya bagi mengulas laporan media yang mendakwa wujud monopoli dalam pelaksanaan MLFF.

    Nanta berkata pada masa ini, pihak konsesi lebuh raya masih memegang hak mutlak untuk mengutip tol seperti dalam perjanjian konsesi yang masih berkuat kuasa.

    “Atas dasar ini, saya dan pasukan kementerian sedang berusaha untuk memastikan kelancaran inisiatif MLFF supaya ia dapat menepati objektif yang diharapkan.

    Inisiatif ini memerlukan kerjasama dan sokongan menyeluruh bukan sahaja dari kementerian ini malah pihak konsesi dan juga pengurusan tertinggi Kerajaan Perpaduan,” katanya.

    Pelaksanaan MLFF bagi sistem kutipan tol di lebuh raya akan menggunakan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) selain sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID).

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts