Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan tidak beri arahan pada pejabat speaker Dewan Rakyat

    K’jaan tidak beri arahan pada pejabat speaker Dewan Rakyat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan kerajaan bercadang untuk memberi arahan kepada pejabat speaker Dewan Rakyat.

    Penafian itu selepas dia mendapat bantahan keras atas dakwaan bahawa kabinet akan menghubungi speaker Dewan Rakyat susulan kenyataan salah yang dikeluarkan ahli parlimen.

    Fahmi menjelaskan bahawa dia merujuk kepada pertemuan biasa dengan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengenai perkara yang memerlukan perhatiannya.

    “Malah ketua pembangkang dan ketua majlis mesyuarat (perdana Menteri) akan berjumpa speaker dari semasa ke semasa, malah ahli parlimen ( backbencher) juga boleh berbuat demikian jika mereka mahu.

    “Ini supaya kita boleh bertukar-tukar idea, berkongsi ilmu dan membincangkan perkara penting, inilah yang saya maksudkan.

    “Kami tidak boleh mengarahkan speaker apa yang perlu dilakukan,” katanya seperti dilaporkan Malay Mail.

    Tambah Fahmi, ia sama seperti ketika Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan bertemu dengan speaker untuk menjelaskan dan diberi peluang menarik balik kenyataannya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Speaker dengan jelas juga menyatakan bahawa saya telah bertemu dengannya dan mengadakan pertemuan dengannya. Jadi ini yang saya maksudkan, bertemu speaker adalah satu (perkara) normal,” kata Menteri itu.

    Semalam, Fahmi berkata kabinet akan menghubungi pejabat speaker bagi “memastikan” kejadian ahli parlimen menyebarkan kenyataan salah semasa berbahas di Dewan Rakyat dan memohon maaf kemudiannya, tidak berulang.

    Bekas timbalan Menteri undang-undang Ramkarpal Singh berkata perkara itu tidak dimaklumkan dan membayangkan bahawa kerajaan campur tangan dengan parlimen.

    Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata adalah penting bagi memastikan parlimen kekal bebas.

    Sementara itu, NGO Lawyers for Liberty menegaskan sebarang percubaan kerajaan untuk mengeluarkan teguran melalui pejabat speaker adalah “perkembangan berbahaya” yang perlu dihentikan segera.

    ALSO READ:  Motor racing-F1 Academy champion Garcia moves up with fully-funded seat
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts