Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesK'jaan ubah cara guna penyaman udara, galak pemakaian batik'

    K’jaan ubah cara guna penyaman udara, galak pemakaian batik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan sedang melaksanakan perubahan budaya di premis kerajaan, ke arah penjimatan negara dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Ini termasuk menyelaraskan suhu penyaman udara dingin kepada 24 hingga 25 darjah Celsius dan menukar kod pakaian agar sesuai dengan cuaca di Malaysia.

    Dalam kenyataan hari ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara itu dibangkitkan dalam pembentangan memorandum jemaah Menteri Energy Efficient and Conservation Act (EECA) dalam mesyuarat jemaah Menteri pada 2 Ogos lalu. Dia berkata kabinet juga bersetuju membenarkan penjawat awam memakai baju batik pada setiap hari bekerja – dan bukannya hanya hari Khamis seperti sebelum ini – bersesuaian dengan iklim di Malaysia.

    “Hal ini bagi memberi keselesaan kepada penjawat awam untuk menyesuaikan cara pemakaian dengan perubahan suhu premis yang telah ditetapkan dalam usaha kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga dan sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia,” katanya. Tambahnya, etika berpakaian baru itu juga akan diperluas ke Parlimen.

    Pada Disember lalu, Nik Nazmi memberitahu Malaysiakini rakyat Malaysia memerlukan anjakan paradigma dalam soal penggunaan tenaga dan ia boleh diperluaskan dengan menamatkan amalan penggunaan penyaman udara pada suhu begitu rendah di bangunan kerajaan. Nik Nazmi berkata orang ramai ada banyak tabiat lama yang perlu diteliti semula agar Malaysia benar-benar menjadi negara yang mesra alam sekitar.

    Pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini tidak mengenakan pemakaian tali leher ketika mesyuarat kabinet, dan perubahan yang sama diamalkan di Parlimen. Pengumuman Nik Nazmi hari ini adalah yang terbaru dalam usaha kerajaan untuk menjadi lebih mesra alam.

    ALSO READ:  2,953 mangsa banjir di empat Negeri pagi ini - Nadma

    Sebelum ini, kementeriannya bersama Kementerian Ekonomi, melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang antara lain bertujuan untuk mendorong penggunaan tenaga solar. Ini termasuk rancangan untuk menggalakkan pemasangan panel solar di bumbung kediaman melalui pelan pajakan, dan bukannya meletakkan beban kepada pemilik rumah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts