Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKK Mart diserang: DAP gesa siasatan menyeluruh

    KK Mart diserang: DAP gesa siasatan menyeluruh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berkata dua insiden serangan bom itu sebagai amat membimbangkan dan boleh mengakibatkan konflik antara kaum, jika tidak ditangani dengan cermat.

    “Walaupun CEC DAP memahami bahawa isu stoking itu telah mengguris perasaan umat Islam, namun apa-apa tindakan seharusnya mengikut lunas undang-undang dan bukannya mengambil jalan keganasan.

    “Kami menggesa supaya pihak berkuasa membuat siasatan menyeluruh terhadap dua insiden serangan ini supaya pelaku yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.

    “CEC DAP juga menyeru semua rakyat Malaysia yang rasional, moderat dan mengutamakan hubungan harmoni dan keamanan untuk menolak tindakan-tindakan kekerasan ini demi tanahair yang tercinta,” kata jawatankuasa itu.

    Dalam pada itu, kepimpinan DAP juga menjunjung titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bahawa tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan memandangkan tindakan mengikut lunas undang-undang telah diambil dalam isu stoking kalimah ‘Allah’.

    “CEC DAP turut menjunjung titah DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mana Baginda telah menyifatkan perbuatan serangan bom petrol sebagai petanda yang membimbangkan dan hendaklah diberikan perhatian serius melalui tindakan tegas agar api perkauman segera dibendung daripada merebak lebih luas,” katanya lagi.

    Hari ini, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata serangan itu berlaku kira-kira pukul lima pagi di cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan.

    Siasatan awal menunjukkan pelaku mungkin membaling bom dari jarak tertentu bagi mengelak dirakam kamera litar tertutup kedai tersebut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts