Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKK Mart diserang: Polis Pahang sudah rakam keterangan 4 saksi

    KK Mart diserang: Polis Pahang sudah rakam keterangan 4 saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Pahang sudah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan insiden serangan ke atas sebuah cawangan KK Mart di Sungai Isap, dekat Kuantan pada awal pagi 30 Mac lalu.

    Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata daripada empat individu terbabit, seorang daripadanya ialah pengadu kejadian berkenaan.

    Tambah Yahaya pihaknya juga masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis sekitar kedai serbaneka itu bagi melengkapkan siasatan.

    Katanya rakaman CCTV yang dipasang di kedai serbaneka itu bagaimanapun gagal membantu polis mengenal pasti suspek, termasuk bilangan yang terbabit melontar bom petrol ke premis berkenaan.

    “Berdasarkan CCTV tempat kejadian, rakaman CCTV dari KK Mart itu kita tak dapat mengenal pasti (berapa ramai) suspek.

    “Tapi kami cuba dapatkan rakaman dari tempat lain yang ada merakamkan kejadian itu,” katanya ketika ditemui program pencegahan jenayah polis Pahang di bazar Ramadan Jalan Mahkota, Kuantan, hari ini.

    Yahaya turut memaklumkan arahan sudah dikeluarkan bagi meningkatkan rondaan di lokasi menempatkan premis milik KK Mart.

    Katanya, terdapat 15 cawangan KK Mart di seluruh Pahang termasuk di Kuantan dan Bentong.

    “Pihak pengurusan KK Mart juga sudah menambahkan ciri keselamatan di premis mereka termasuk menambah CCTV seperti yang polis cadangkan,” katanya lagi.

    Ketika ditanya sama ada serangan di KK Mart Kuantan mempunyai kaitan dengan insiden serupa di Ipoh, Perak dan Jalan Satok, Sarawak, Yahaya memberitahu buat masa ini siasatan dijalankan di peringkat Negeri terlebih dahulu.

    “Kami tidak menolak kemungkinan, mungkin ada (kaitan) mungkin tak ada, tetapi polis tetap lakukan siasatan untuk di peringkat Pahang.

    “Apabila kami dapat maklumat lanjut, barulah kita boleh buat andaian sama ada mempunyai kaitan dengan kejadian di luar (Pahang),” ujarnya.

    ALSO READ:  'Perjuangan DAP demi Malaysia untuk rakyat Malaysia'
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts