Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengkaji penggunaan teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi untuk memperbaiki sistem komunikasi negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyatakan bahawa jika teknologi ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar “di mana ada jalan, di situ ada Internet” dapat dicapai dengan baik.
Fahmi berkata, “SKMM dan KKD sedang meneliti beberapa teknologi baru yang menggunakan satelit sebagai menara komunikasi.”
“…dalam masa beberapa tahun akan datang, terdapat syarikat yang sedang meneliti penggunaan teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi. Jadi ini masih dalam proses kajian,” katanya.
Beliau memberikan kenyataan tersebut ketika menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook di Dewan Negara mengenai perkembangan inisiatif perkongsian rangkaian yang mengambil kira Sarawak sebagai model pelaksanaan.
Fahmi turut mengumumkan SKMM dan syarikat telekomunikasi telah berjaya mencapai persetujuan untuk menyelesaikan masalah menara tidak berkualiti di Sarawak yang melibatkan 600 menara di bawah Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).
Walaupun usaha tersebut memerlukan belanja yang besar, ia membuktikan bahawa kerjasama antara SKMM dan syarikat telekomunikasi berpotensi untuk dicapai.
“Kerjasama ini masih perlu dibincangkan sebelum sebarang arahan dikeluarkan. Saya harap model ini boleh digunakan di Negeri lain juga,” katanya.
– Bernama