Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKKM akan tubuhkan institut prahospital, perubatan Bencana

    KKM akan tubuhkan institut prahospital, perubatan Bencana

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan Institut Kebangsaan Rawatan Pra-Hospital dan Perubatan Bencana sebagai usaha untuk memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat terutamanya ketika berdepan musibah atau bencana.

    Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata selain itu, kerjasama hotspot antara kementerian dengan St. John Ambulans Malaysia (SJAM) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sejak 2014 juga akan diperkemaskan bagi melaksanakan usaha berkenaan.

    “Perkongsian kepakaran antara petugas barisan hadapan KKM dan EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seperti berkaitan latihan keselamatan kebakaran dan pengurusan bencana juga harus diteruskan untuk memastikan tugas mereka dapat dilaksana dengan cekap dan selamat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, semalam.

    Terdahulu, Dr Zaliha menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik antara KKM dan JBPM bagi memperkasa Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital dan Ambulans (PRPA) di negara ini.

    Beliau menjelaskan jalinan kerjasama antara KKM dan JBPM dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan prahospital telah diwujudkan dengan Pelancaran Emergency Air Ambulance Rescue Service (EMARS).

    Katanya kolaborasi KKM-JBPM tersebut dilakukan melalui perkongsian sumber kenderaan EMRS, penempatan anggota KKM digerakkan bersama kenderaan EMRS; perkhidmatan ‘’online medical direction’ dari Pusat Penyelarasan Kecemasan Perubatan (MECC) kepada EMRS dan penempatan latihan dalam kerja bagi pasukan EMRS di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital KKM.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts