Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKKM laksana pelbagai inisiatif bawah Pelan Advokasi Kurangkan Gula

    KKM laksana pelbagai inisiatif bawah Pelan Advokasi Kurangkan Gula

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelbagai inisiatif telah dirancang di bawah Pelan Advokasi Mengurangkan Gula bagi memastikan mesej berkaitan gula dan kesannya terhadap kesihatan dapat disebarkan secara meluas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha berkata pelan itu, yang turut merangkumi ‘Kempen Kurangkan Gula’ bermatlamat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang pengambilan gula berlebihan dan dapat mengawal pengambilannya secara harian. “Pelan ini juga merangkumi kempen kurangkan gula kepada pengusaha gerai minuman di medan selera di seluruh Putrajaya. “Saya difahamkan, semua pengusaha minuman di medan selera sekitar Putrajaya telah bersetuju melaksanakan penggunaan satu sudu teh gula sahaja bagi setiap minuman yang dipesan,” katanya dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Gula 2023 peringkat Kebangsaan di Putrajaya hari ini. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Datuk Zainal Alhakab Seman. Dr Zaliha berkata terdapat beberapa pengusaha minuman yang telah lama memulakan inisiatif pengurangan gula dalam minuman. “Dalam hal ini, penghargaan dan pujian saya tujukan kepada pengusaha minuman di Medan Selera Presint 16 serta yang lain iaitu medan selera di Presint 8, Presint 9, Presint 11, Laman Perdana Presint 1, Laman Duta Presint 15 dan Trak Makanan Putrajaya yang menyahut cabaran dalam melaksanakan aktiviti mengurangkan gula di premis mereka. “Saya berharap usaha yang sama dapat diteruskan di tempat lain. Pihak Negeri juga diharapkan dapat menyebarkan pelaksanaan pengurangan gula ini di peringkat Negeri masing-masing dengan memberi fokus kepada pengusaha minuman di gerai dan medan selera dengan kerjasama majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan masing-masing,” katanya. Dr Zaliha berkata pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti peningkatan berat badan dan obesiti, diabetes, karies gigi dan risiko penyakit tidak berjangkit yang lain. Katanya, obesiti berlaku disebabkan ketidakseimbangan antara tenaga atau kalori yang diambil melalui makanan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan. “Kebanyakan daripada kita tidak sedar makanan dan minuman tinggi gula yang diambil antara penyumbang utama kepada pertambahan berat badan, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan pengambilan gula hendaklah kurang daripada 10 peratus berbanding jumlah keperluan kalori harian individu. “Jika keperluan individu sebanyak 1,500 kalori sehari, maka individu tersebut tidak boleh mengambil melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil dalam kuih-muih serta makanan dan minuman lain,” katanya. Dia berkata rakyat Malaysia perlu peka dengan makanan dan minuman yang diambil terutamanya yang telah siap dimasak atau siap dibungkus kerana kebanyakan minuman manis mengandungi kadar gula yang tinggi termasuk minuman berkarbonat, kordial atau sirap serta minuman manis dibancuh seperti teh dan kopi. Dr Zaliha berkata banyak kajian membuktikan perkaitan antara pengambilan gula secara berlebihan dengan kejadian pelbagai jenis penyakit. Menurutnya peningkatan jumlah pesakit memberi beban yang besar kepada ekonomi dan kewangan negara, dengan kos untuk merawat penyakit diabetes sahaja mencecah RM4.38 bilion setahun pada 2017 berbanding RM2.04 bilion pada 2011, dan secara langsung turut memberi kesan kepada tahap produktiviti tenaga pekerja negara.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts