Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKKM sahkan dua kes positif jangkitan cacar monyet

    KKM sahkan dua kes positif jangkitan cacar monyet

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan terdapat dua kes positif jangkitan cacar monyet (mpox) di negara ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kes disahkan pada 26 Julai lepas melibatkan seorang lelaki warga asing manakala kes kedua adalah seorang lelaki tempatan yang merupakan kontak kepada kes mpox pertama serta disahkan positif mpox pada 29 Julai lepas.

    “Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga asing yang tinggal dan bekerja di Malaysia sejak April 2022. Dia mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes mpox pada 6 Julai tahun ini dan kembali semula ke Malaysia pada 10 Julai.

    “Dia mula menunjukkan gejala pada 19 Julai dan lepuh mula muncul pada 23 Julai dan telah menjalani isolasi dan dibebaskan pada 10 Ogos setelah pulih sepenuhnya tanpa komplikasi. Dia disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes mpox,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dr Muhammad Radzi berkata kes kedua mengalami gejala semasa dalam kuarantin kerana merupakan kontak kepada kes positif mpox dan telah diarahkan menjalani kuarantin sejak 27 Julai lepas dan disahkan positif mpox pada 29 Julai.

    “Dia masih dalam tempoh isolasi dan dalam keadaan sihat. Semua kontak bagi kes pertama telah dikenal pasti dan status kesihatan mereka telah dipantau. Tiada yang mengalami gejala jangkitan mpox kecuali kes kedua seperti dinyatakan. Kes kedua tidak mempunyai sebarang kontak rapat,” katanya.

    Dr Muhammad Radzi berkata semua pengembara yang tiba dari negara-negara melaporkan mpox dinasihatkan untuk memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

    ALSO READ:  Nearly 600 vehicles near Thai border repeatedly filling up on petrol daily

    “Semua pengamal perubatan diminta untuk peka terhadap individu dengan gejala lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi (key population).

    “Sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan mpox perlu didapatkan. Bagi kes yang disyaki mpox, swab lepuh, swab oral dan sampel darah atau serum boleh dihantar ke makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan virus mpox,” katanya.

    Dr Muhammad Radzi berkata pada masa ini, terdapat 10 makmal menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan mpox iaitu lapan makmal kerajaan dan dua makmal swasta dan kes disyaki mpox hendaklah dinotifikasi ke pejabat kesihatan berhampiran melalui Sistem e-Notifikasi agar siasatan lanjut serta langkah kawalan dapat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

    Menurutnya Mpox adalah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox dan jangkitan berlaku melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.

    “Tempoh inkubasi sebelum individu menunjukkan gejala jangkitan mpox adalah antara lima ke 21 hari dari tarikh pendedahan kepada jangkitan. Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya. Lazimnya kes mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus.

    “Gejala-gejala mpox adalah seperti demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulapapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki diikuti bahagian-bahagian tubuh yang lain. Pesakit juga mungkin mengalami lenguh tubuh badan, sakit bahagian belakang badan atau sendi, kejang otot dan pembengkakan kelenjar limfa,” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts