Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKKM siasat dakwaan pesakit tak diberi rawatan tepat

    KKM siasat dakwaan pesakit tak diberi rawatan tepat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani seperti yang ditularkan di media sosial Khamis lalu.

    HSAH dalam kenyataan hari ini memaklumkan, mereka telah memulakan siasatan dan memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

    “KKM mengambil maklum sebaran tular di media sosial pada Khamis lalu berkenaan seorang pesakit yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAH sehingga menyebabkan pesakit meninggal dunia.

    “Perkara ini dianggap serius dan siasatan akan dijalankan untuk memastikan dakwaan tersebut benar ataupun tidak.

    “Hasil siasatan hanya akan dimaklumkan kepada waris pesakit bagi mengawal kerahsiaan maklumat,” katanya.

    Dalam kenyataan itu, HSAH turut memaklumkan KKM juga tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapat rawatan di situ.

    “KKM ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan amat kesal dengan kejadian berkenaan.

    “Menjadi keutamaan KKM untuk sentiasa memastikan keselamatan pesakit dan perkhidmatan pelanggan diberikan mengikut standard yang ditetapkan, tanpa mengabaikan hak pelanggan,” katanya.

    Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran bertajuk ‘sakit jantung tapi bagi ubat gastrik, 5 jam kemudian beliau meninggal dunia!!’ membabitkan seorang lelaki berusia 51 tahun dibawa ke HSAH kira-kira pukul 12.45 tengah malam setelah mengalami sesak nafas dan sakit dada.

    Menurut hantaran itu, penolong pegawai perubatan hospital yang melakukan pemeriksaan di wad kecemasan didakwa memaklumkan pesakit tersebut mengalami gastrik dan diminta menunggu giliran untuk pemeriksaan lanjut.

    Bagaimanapun sehingga pukul 4.30 pagi, pesakit itu masih tidak dirawat.

    ALSO READ:  Venezuela attorney general requests arrest warrant for opposition leader Gonzalez

    Pada pukul 6 pagi, keadaan pesakit tersebut dikatakan tenat dan telah dibawa ke zon merah wad kecemasan itu sebelum meninggal dunia pada pukul 6.31 pagi.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts