Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKKM teruskan SOP Covid-19 kekang penularan ketika banjir

    KKM teruskan SOP Covid-19 kekang penularan ketika banjir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan Covid-19.

    Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata ia berikutan adanya peningkatan kes ketika ini, namun jumlah tersebut terkawal dan masih belum di tahap membimbangkan.

    Beliau berkata kakitangan KKM di PPS juga telah maklum mengenai SOP sedia ada termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk terjejas banjir terutama yang mempunyai gejala.

    “Dalam keadaan banjir memang kita bersedia, menyediakan kit untuk testing Covid-19. Seperti biasa, kalau ada kes begitu kita akan buat isolasi dan kita asingkan, SOP tetap sama, insya-Allah.

    “Buat masa ini, peningkatan kes ketika ini hanya melibatkan kes-kes kecil dan gejala yang ringan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai SOP yang perlu dipatuhi terutama di lokasi banjir bagi mengelak penularan COVID-19.

    Beliau berkata demikian selapas merasmikan Felda Medoi Agrofest 2023, Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Program Saringan Kesihatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Medoi, di Segamat, Johor hari ini

    Ahli Parlimen Sekijang itu berkata pada minggu EPID-47 terdapat pertambahan kes Covid-19 sehingga 3,626 kes berbanding 2,305 kes pada minggu sebelumnya.

    Sementara itu, beliau berharap lebih banyak PEDi di seluruh negara dapat melaksanakan program saringan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) khusus untuk penduduk.

    “Pemeriksaan kesihatan penduduk melibatkan bacaan BMI, tekanan darah, kencing manis dan kolestrol itu penting bagi memperkasakan penjagaan kendiri dan kesedaran awal dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.

    Di Parlimen Sekijang sahaja, beliau berkata seramai 321 penduduk telah mendapatkan saringan kesihatan di empat PEDi bermula 5 Dis hingga semalam.

    ALSO READ:  'Tanya kami jika masalah masih tak selesai di KKB'

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts