Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan

    Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kod Etika Kewartawanan Malaysia versi baharu amat bertepatan dengan keperluan dinamik dunia kewartawanan, selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta perananan penting mereka sebagai suara rakyat.

    Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kod etika itu juga dilihat sebagai satu garis panduan lebih seimbang dan relevan, dalam membantu pengamal media menghasilkan berita yang mampu menyumbang kepada pembinaan negara.

    Ahmad Shabery Cheek

    Beliau juga percaya kod etika itu yang dikemas kini buat kali pertama sejak 1989 dan digarap dengan prinsip mendukung Perlembagaan Persekutuan, dapat membawa cara pelaporan berita yang mampu membentuk keharmonian dan perpaduan nasional.

    “Kod etika ini menuntut pemain industri untuk melaksanakan tugas secara professional dan beretika. Saya positif melihat ia sebagai asas mula kepada pemantapan kerjaya wartawan, dalam mendepani perubahan pesat teknologi di semua platform media,” katanya kepada Bernama.

    Pada 20 Feb, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang mengandungi lapan etika utama, antaranya wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, hendaklah telus dan berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

    Fahmi Fadzil (kanan) semasa melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia

    Etika lain ialah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.

    Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

    Menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang merealisasikan kod etika baharu itu, Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Penerangan turut berharap, komuniti wartawan akan terus memberi sumbangan besar kepada negara.

    Sementara itu seorang lagi bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan sebagai berkata kod etika itu, akan memainkan perananan penting antaranya dalam memerangi penyebaran maklumat dan berita palsu.

    Salleh Said Keruak

    Beliau berkata pelancaran kod etika baharu itu amat penting, memandangkan peningkatan platform media baharu yang pada ketika mendesak untuk kebebasan media, telah mengabaikan etika itu ketika membuat pelaporan.

    ALSO READ:  Isu logo kasut: Jangan ambil kesempatan buat provokasi, kata SKMM

    Bekas ketua Menteri Sabah itu juga berkata ketersediaan kod etika seperti itu, akan dapat membimbing media dalam menegakkan profesionalisme dan integriti dan meletakkan mereka sebagai sumber berita dan maklumat dipercayai masyarakat.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts